Monday, 24 February 2014

TERLUKA , KECEWA DAN PERNAH JATUH

Teks : Sariah Awang Senik

Pasti ramai di antara kita pernah terluka kecewa dan sebagainya tetapi ada juga sebahagian daripada kita yang agar sukar untuk bangkit kembali meneruskan kehidupan lantaran terlalu terbelenggu oleh perasaan sedih dan juga. Namun apa sahaja perasaan yang kita sedang alami , ingat bahawa semuanya datang daripada Allah dan yakin segala apa yang terjadi ada hikmah di sebaliknya.

Secara jujurnya memang agak sukar dan kekadang memakan masa sedikit untuk melupakan semuanya dan meneruskan kehidupan ini seperti biasa. Dari pengalaman yang lepas cari kekuatan diri yang paling utama. Contohnya, anak-anak ataupun keluarga. Renungkan selalu ke dalam mata mereka apakah impian dan harapan mereka kepada kita. Tentu mereka ingin kita selalu bahagia dan berjaya di dalam apa sahaja bidang yang kita ceburi. Jangan sia-siakan harapan dan doa mereka kepada yang tidak pernah letih dan lelah di dalam berdoa kepada yang maha esa.

Terluka dan kecewa tidak selamanya kita hidup menderita. Walaupun jatuh ataupun gagal jangan pernah merasa berputus asa . Semua itu adalah suatu process di dalam menjalani sesuatu episode kehidupan. Tanpa semua ini kita tidak akan belajar daripada kesilapan dan juga cuba memperbaiki segala kelemahan diri.

Ikhlas Dari Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...