-Teks : Sariah Awang Senik
Di saat badan masih belum pulih sepenuhnya daripada batuk, deman dan juga sakit gigi yang teruk , hati terasa terubat dan merasa lega apabila menatap wajah-wajah yang comel dan mencuit hatiku ini. Inilah anak-anak buah kesayangan aku iaitu , Ajaala, Naufal , Abil, Ayyad dan juga Iman ( Tiada dalam gambar) . Mereka semuanya anak-anak yang cerdik dan aktif semuanya.
Sebenarnya hampir beberapa bulan aku sudah lama tidak bertemu dengan mereka semua dek kerana kesibukan tugas dan juga tanggungjawab masing-masing. Namun hati tetap merasa bersyukur apabila berpeluang bertemu dengan mereka semua pada cuti hari raya Cina yang lepas. Ayah aku adalah orang yang paling gembria apabila melihat semua cucu-cucunya pulang ke kampung. Gelagat dan tingkah laku mereka amat mencuit hati aku dan aku hampir tidak menang tangan melayan mereka semua.
Yang paling lasak adalah Naufal dan juga Ayyad. Mereka berdua ini sibuk bercerita tentang super hero masing-masing. Antara super hero kegemaran mereka ialah , Ben Ten, Ultraman, Upin dan Ipin dan beberapa lagi cerita animasi yang ada sekarang.
Naufal memang agak sukar di pegang tangannya apabila berjalan-jalan ke taman. Yang lain-lainnya masih lagi boleh di kawal tetapi yang seorang ini memang agak payah sedikit. Hobinya suka memakan coklat dan juga kismis. Makan coklat dan juga kismis ini umpama memakan nasi bagi Naufal.
Ayyad sudah pun bersekolah tadika, dahulu Ayyad agar sukar makan tetapi sejak bersekolah tadika ini dan juga berkawan dengan budak-budak yang lain , dia dah pandai makan sendiri.
Mereka semua memanggil aku mak long kerana aku adalah kakak sulung kepada 4 beradik semuanya. Melihat mereka bermain dan bergurau sesama sendiri amat menbahagiakan aku. Aku bersyukur kerana mereka semuanya membesar dan belajar seperti mana kanak-kanak yang lain.
Selepas ini aku bercadang untuk bertemu lagi dengan mereka semua jika ada kelapangan. Insha Allah kalau tidak sibuk mungkin bulan hadapan aku akan bersua dengan mereka semula.
Kepada semua anak-anak buah aku, aku doakan mereka semua menjadi anak-anak yang taat dan solehah.
Ikhlas dari Sariah Awang Senik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
AKHIRNYA
26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Peribadi http://www.facebook.com/sariahawangsenik Sunyi bila dia dah balik. Abahnya seti...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Google http://www.facebook.com/sariahawangsenik Ada sedikit getaran dihati ini. Bimbang sang syai...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Dari Group Telegram http:www.facebook.com/sariah.awangsenik Amboi! Bukan main lagi si ...
No comments:
Post a Comment