Saturday, 22 February 2014

BURUK BAIKNYA PERANAN ORANG KE TIGA

Teks : Sariah Awang Senik

Assalamulaikum , rasanya baru beberapa hari sahaja tidak menulis di ruangan kesayangan ini. Sebenarnya saya merasa terlalu amat bersyukur kerana masih lagi di beri peluang untuk bernafas di muka bumi yang bertuah ini. Kini saya telah pun berusia 40 tahun dan semakin hari makin terlalu banyak pekara yang perlu belajar dan perbaiki lagi.

Hubungan suami dan isteri terlalu amat kompleks . Ada rumahtangga yang aman bahagia dan tidak kurang juga berlaku sebaliknya. Namun ingatlah walau terlalu banyak masalah yang melanda kehidupan berumahtangga jangan sesekali libatkan pihak ketiga antara suami dan isteri. Jikalau wujudnya pihak ketiga di dalam hubungan suami dan isteri cubalah untuk mencari ruang di dalam diri masing- masing untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaiaan bagi sesuatu permasalahan.

Kita tidak dapat membaca apa isi hati pihak ketiga. Jikalau mereka jujur dan dapat menghadapi semua masalah dengan bijak maka segala-gala akan dipermudahkannya.

Hati-hati agar sikap anak kita tidak di pengaruhi oleh pihak ketiga. Sama ada si suami ataupun si isteri perlu mengambil langkah berhati-hati apabila mendengar sebarang berita yang di sampaikan oleh pihak ketiga.

Sekarang terlalu banyak kes perceraian yang melibatkan pihak ketiga yang menyebabkan hubungan suami dan isteri menjadi hambar. Jangan terlalu banyak bercerita tentang suami dan juga isteri  terutama yang melibatkan hal-hal yang amat sensitif.

Senantiasalah berbincang dengan pihak suami terutama hal-hal yang memang sensitif.

Jangan biarkan pihak ke tiga memainkan peranannya di antara hubungan suami dan isteri.

Ikhlas dari Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...