Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
Tiada kata yang tidak dapat diungkap tatkala menunggu keputusan yang diberikan oleh pihak yang berkuasa. Hari ini segala urusan dan rancangan yang diatur, semuanya berjalan dengan lancar. Hampir bertahun lamanya, segala tuntutan ini cuba di selesaikan sebaik yang mungkin. Walaupun keputusan dan tuntutan yang diterima tidak sebanyak mana, namun hati ini tetap bersyukur dengan segala ketentuan yang telahpun ditetapkan oleh Allah SWT.
Akan tetapi , selepas ini bakal berhadapan dengan cabaran yang lebih besar dan juga dugaan yang maha hebat bagi memastikan segala tuntutan dapat di bayar setiap bulan. Jumlah yang diterima memang tidak mencukupi tetapi dapat membantu di saat di landa kesusahan. Masih teringat saat pertama kali terpaksa melalui segala peraturan-peraturan yang telah di tetapkan, terlalu banyak dugaan dan cabaran untuk menfailkan semua tuntutan ini dimahkamah. Sebaik sahaja berpisah, segala tuntutan nafkah terus difailkan di mahkamah, gara-gara tidak mempunyai peluang dan masa untuk berbincang secara baik dengan bekas suami. Biarpun segala yang terjadi telah ditakdirkan oleh Allah SWT. Tiada guna mengenang kembali apa yang berlaku kerana semuanya hanya melemahkan diri sendiri. Apa yang telah musnah dan hancur berkecai akan dikutip dan dicantumkan kembali . Semoga semua pencantuman itu bakal melakar kebahagiaan yang lebih abadi dan kekal lama. Segala amarah dan rasa benci harus dilemparkan jauh-jauh demi mencipta sebuah kebahagiaan bersama-sama dengan anak-anak tersayang.
Penantian ini mungkin telah berakhir, namum masih ada perjuangan yang belum selesai.
Semoga perkongsian ini dapat memberi pengajaran kepada semua, terutama yang senasib dengan keadaan yang telah saya alami selama ini. Segala tuntutan bukanlah bertujuan untuk menyusahkan dan membebankan sesiapa terutama bekas suami, tetapi kepada kesedaran kepada suami dan isteri supaya dapat selesaikan secara baik jika berlaku perceraian terutama soal nafkah anak dan juga hal-hal yang berkaitan dengan anak-anak.
Sebagaimana pihak bekas suami ingin bahagia membina kehidupan yang baru, begitu jugalah hal yang sama dengan pihak isteri. Masing-masing berhak untuk hidup bahagia bersama dengan anak yang tersayang. Untuk mereka yang masih bergelar seorang isteri, hargailah setiap detik yang dilalui kerana pelbagai kemungkinan dan dugaan akan berlaku di dalam sebuah rumahtangga. Andai bijak dan penuh keimanan menghadapi segala rintangan dan bertolak ansur sesama sendiri insha Allah segala masalah dapat diselesaikan dengan baik.
Coretan Ikhlas Dari Sariah Awang Senik
WISHLIST :
- Ingin menjadi seorang novelis yang mempunyai gaya penulisan tersendiri
- Ingin berkongsi kisah pengalaman hidup
- Menjadi seorang usahawan wanita online dan membantu orang lain.
No comments:
Post a Comment