Sunday, 13 April 2014

BIASA KEPADA YANG LUARBIASA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google

Agak lama tidak menulis entri baru untuk ruangan kesayangan ini. Bertapa banyak halangan dan dugaan untuk terpaksa di lalui di dalam berbuat sesuatu yang baru dan berfaedah. Selama ini diri sudah terlalu lama berada di zon hinggakan terlepas banyak peluang dan juga rakan-rakan yang baru.

Mungkin ada hikmahnya berlaku sesuatu musibah di dalam diri seseorang. Jikalau tidak berlaku sesuatu perkara ataupun sesuatu dugaan , seseorang tidak akan pernah belajar daripada sebuah kesilapan. Kebiasaannya diru sudah terbiasa melakukan hal-hal yang biasa, umpamanya menguruskan rumahtangga dan anak-anak dan sebelah petang pula memulakan tanggungjawab sebagai seorang pekerja tetapi sekarang walau perbezaannya tidak banyak daripada segi tugas dan tanggungjawab namun semua nya itu bakal berubah. Ingin berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi wanita luar biasa kerana hampir terlalu lama menjadi wanita biasa yang hanya menguruskan rumahtangga dan anak-anak.

Ingin luar biasa menghadapi segala kesukaran, pelbagai rintangan dan dugaan di dalam mengejar sebuah cita-cita. Sebagai seorang ibu, ingin luar biasa mendidik anak-anak  dan menjadikan mereka insan yang berguna dunia dan akhirat kelak. Bertindak dan berusha mencari peluang memajukan diri dan senantiasa fokus kepada apa yang diimpikan selama ini.

Sekarang semua usaha sedang dilakukan sebaik yang mungkin dan dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai segala-galanya.

Nuklian Rasa Oleh Sariah

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...