Disamping menjaga arwah anak saya berpeluang belajar menjahit dengan seorang jiran di sebelah rumah. Asalnya hanyalah hendak membantu beliau namun tidak disangka timbul minat yang mendalam untuk belajar menjahit dengan lebih lanjut lagi. Saya selalu membantu beliau menjahit jahitan tulang belut, mata lalat,memasang zip , menjahit lubang butang dan sebagainya
Saya seronok melakukannya disamping menambah pendapatan keluarga. Walau hasilnya tidak lah sebanyak mana namun saya tetap bersyukur. Paling saya suka adalah menjahit langsir. Walau saya tidak mempunyai kemahiran yang khusus namun saya tetap gigih untuk belajar
Dengan kesibukan aktiviti menjahit saya tidak pernah lupa untuk menulis. Sudah menjadi kebiasan saya untuk menulis walaupun hanya catatan harian. Kekadang idea menulis datang tanpa disedari. Paling banyak adalah semasa sedih ataupun gembria atas sesuatu yang berlaku di dalam kehidupan saya. Untuk pengetahunan semua saya tidak pernah menyangka yang minat saya yang satu bakal mendatangkan rezeki kepada saya kelak. Insha Allah kalau sudah di takdirkan rezeki saya di dalam bidang ini saya tersangat bersyukur.
Selain bidang penulisan saya juga baru baru ini menjadi agenr dropship untuk beberapa produk makanan kesihatan. Tudung, jubah dan alat alat make-up semua nya menjadi pilihan saya untuk memasarkan semua produk ini. Saya berusaha menggunakan kemahiran saya menulis untuk menarik perhatian para pelanggan. Walau hasilnya cuma sedikit namun saya pasti tiada jalan singkat untuk berjaya.
Sebenarnya untuk masuk ke akademi ini pun terlalu banyak cabaran dan dugaannya. Namum berkat doa saya pasti kejayaan milik saya kelak. Apa sahaja kekurangan saya tidak akan jadikan alasan lagi untuk berjaya.
Harapan saya dengan adanya penulisan blog saya yang tidak seberapa ini dapat meluaskan lagi pengetahunan saya serta dapat mendatangkan rezeki yang lebih buat saya dan anak anak. Walaupun status saya sebagai ibu tunggal saya tetap akan berjaya juga. Semoga kejayaan akan jadi milik saya dan anda semua di luar sana. Ingat jangan terlalu lama bersedih..kelak ianya memakan diri. Jikalau rasa kecewa, marah dan sedih berdoa lah kepada yang maha kuasa...dia selalu mendengar segala rintihan kita.
Apa pun moga semuanya berjaya di dalam bidang yang di ceburi masing-masing. Terima kasih pada semua yang sudi membaca semua ini ya.
Sekian, Ikhlas Dari,
Sariah Awang Senik.
No comments:
Post a Comment