Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Alhamdulilah. Tidak lama lagi nak berpuasa semula. Insha Allah mungkin esok akan bermulalah puasa kita. Dan pagi nanti bersahurlah kita semua. Bahang bulan Ramadan ini dan amat terasa sejak beberapa minggu yang lepas. Cuaca pula, sekejap hujan dan sekejap lagi panas terik. Kalau tidak jaga kesihatan dan minum air yang banyak, alamat tidak sihatlah kita dibuatnya.
Apa pun syukur masih bernafas dan berpeluang jalankan ibadah puasa. Bulan yang penuh rahmat dan berkat bagi semua umat Muhamad. Nak buat amal kebajikan dan juga sedekah, inilah masa yang paling sesuai. Tapi janganlah bulan puasa sahaja, teruskanlah hingga ke bulan yang seterusnya dan kekalkan dalam diri kita itu.
Sebenarnya, bukan lama sangat bulan puasa ini. Peringkat permulaannya sahaja. Iaitu minggu pertama. Lepas itu, dah ok dan percayalah masa berlalu begitu pantas sekali. Sedar-sedar dah pun nak raya. Kalau nak raya macam-macam nak dibuat. Jadi nak puasa pun siap-siapkanlah diri untuk hadapi semua dugaan dan rintangan yang maha hebat.
Dikesempatan ini, saya selaku tuan tanah blog Travelog Kehidupan ini, memohon seribu kemaafan atas segala kekhilafan diri yang tidak sempurna ini. Semoga di bulan Ramadan tahun ini, kita semua akan diberikan lebih lagi kesihatan yang baik supaya dapat lagi membuat amal kebajikan dan bersedekah kepada golongan yang lebih memerlukan. Insha Allah. Aamiin.
Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik
No comments:
Post a Comment