Tuesday, 31 May 2016

HIDUP MENJADI-JADI DENGAN GROUP SUPPORT LIKE

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Assalamualaikum, alhamdulilah cepatnya masa berlalu. Sekarang dah pun bermula cuti sekolah. Dalam beberapa hari lagi, akan bermula pula bulan puasa. Tapi yang terujanya nak sambut puasa kali ini, adalah kebetulan bermula puasa pada cuti persekolahan. Dah tentulah anak- anak ada dirumah dan kenalah memasak seperti biasa. Apa pun walau sibuk dengan anak-anak dan kerja saya tetap juga menjalankan segala tugasan saya dengan GROUP SUPPORT LIKE.

Sebenarnya saya bukanlah lama sangat join GROUP SUPPORT LIKE ini. Rasanya baru beberapa bulan sahaja. Tapi impaknya lepas dah join GROUP SUPPORT LIKE ini memang sangat  AWESOME!. Mana tidaknya bila join saja group ini, secara tidak langsung seluruh kehidupan anda akan bertukar 360 darjah. Yalah, yang paling ketaranya, apabila account FACEBOOK anda akan bertambah dengan ramai rakan-rakan baru yang super dupper POSITIF. 

Selepas itu akan diberi tugasan ADD semua rakan-rakan POSITIF yang baru dan dengan itu makin bertambahlah rakan baru anda. Dan the BEST partnya ialah, anda mesti LIKE ataupun KOMEN setiap status rakan-rakan yang lalu di newsfeed anda. Jadi walau anda tidak sempat nak KOMEN memandailah dengan hanya tekan button LIKE sahaja sudah menunjukkan anda memberi sokongan kepada setiap apa status yang rakan anda postkan.


Group Support LIke ini bukanlah jaminan bahawa sale anda akan 200 peratus, tapi jika kena gaya dan caranya ianya akan meningkat secara tidak langsung. Bila kita tekan button LIKE itu, pasti ada bunyi kan. Jadi hphone anda itu akan jadi riuh-rendahlah buat sementara. Rasa glamour dan bersemangat kan. Tidak percaya, cubalah anda join GROUP SUPPORT LIKE ini. Anda akan terasa AURAnya yang tersendiri. Malah akan jadi lebih displin untuk update apa sahaja status setiap hari dan juga waktu. 

Pengasas group ini ialah TUAN KHAIRUL ZAHRIN ABD KARIM. Seorang hamba yang biasa tapi boleh jadi luar biasa hebat dah sekarang. Dia dibantu oleh beberapa orang admin yang memang sangat komited dengan segala tanggungjawab yang telah diamanahkan. Setakat ini pendaftaran untuk join group ini bukanlah mahal sangat. Bua masa ini, pendaftaran hanya sekitar RM30 sahaja. Tapi mungkin juga akan bertambah suatu hari nanti, mana tahu kan.Jadi sebelum yurannya bertambah, baik mendaftar dari sekarang. 

Sejak dah join Group Support ini, saya semakin POSITIF dan sentiasa dapat kekalkan aura walau ada ketikanya rasa lemah semangat. Tapi perasaan  itu, tidaklah bersarang terlalu lama dalam diri saya. Jarang pula sekarang saya mendengar suara-suara kecil yang selalu asyik segala rutin kehidupan saya.


Kesimpulannya, kehidupan semakin menjadi-jadi. Bila buka sahaja account Facebook setiap hari penuh dengan aktiviti rakan-rakan positif yang lain dengan memberi like ataupun komen mereka. Nak join group support ini pun bukanlah susah mana pun. Anda boleh dapatkan segala maklumat melalui saya, Sariah Awang Senik di no tel 019-4075634 atau email sariah.awangsenik@gmail.com.



Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

-

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...