Wednesday, 4 May 2016

HARI ISRAK DAN MIKRAJ

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Group Whatshapp
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Salam Israk dan Mikraj buat semua pembaca blog yang dihormati. Sebenarnya hati penulis ini rasa amat gembria dan juga teruja kerana apa yang dirancang dan ditulis malam tadi berjalan dengan jayanya. Kita memang sudah sedia maklum hari Israk dan Mikraj ini adalah hari bersempena untuk mengingati akan perjalanan Nabi Muhamad SAW dari masjid Masjidil Haram Mekah ke masjid Al-Aqsa di Palestin.

Banyak kisah-kisah yang menarik dan boleh dijadikan sebagai teladan dalam kehidupan seharian kita. Kita juga wajib berpuasa sunat, namun tiada paksaan dan terpulang kepada sesiapa sahaja sama ada nak buat atau sebaliknya.

Tapi bagi diri penulis ini, rasa amat teruja dan bangga sebab dapat hapuskan segala rasa mengantuk dan bangun diawal pagi untuk bersolat, berzikir dan juga bertahmid. Rasa puas sangat dan ada masanya sedikit terharu. Yalah, bukan mudah nak bangun, setelah tidur yang amat lena.

Apapun semoga segala aktiviti kerohanian ini dapat penulis lakukan setiap hari supaya dapat mengharungi segala dugaan kehidupan tanpa rasa sedih dan tetap redha dalam apa jua cabaran.

Selamat menyambut Hari Israk dan Mikraj dan semoga kita semua tidak menjadi umat Muhamad yang terus lalai dan leka dalam dunia yang tersendiri.
Aamiin.

Yang Benar
Sariah Awang Senik


No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...