Friday, 10 June 2016

REZEKI DI BULAN RAMADAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulilah. Dah hampir seminggu kita berpuasa kan. Terasa cepat sangat masa berlalu. Walaupun bulan Ramadan, tetapi saya harus jalankan tanggungjawab saya seperti biasa. Tiada apa yang jauh berubah. Semua seperti biasa.

Apa pun saya sangat bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan. Menjalani ibadah puasa bersama anak-anak tersayang sangat memberi makna yang besar dalam diari kehidupan seorang ibu tunggal. Tidak pernah mengeluh dengan.apa yang dikurniakan, malah berasa sangat bersyukur.

Bulan Ramadan ini, bulan yang penuh dengan rezeki dan amal kebajikan. Di masa inilah, kita sibuk berlumba-lumba membuat kebajikan dan bersedekah di sana dan sini. Kalau nak bersedekah itu, tidak semestinya wang ringgit. Hatta, sebiji buah kurma juga boleh disedekah. Besar ganjarannya, dan hanya Allah yang lebih mengetahuinya.

Masa bulan Ramadan inilah, saya sibuk mencari pendapatan tambahan. Selalunya dalam hati saya senantiasa berdoa agar ada rezeki yang lebih atau rezeki yang tidak disangka buat saya dan anak-anak. Alhamdulilah juga berkat pertolongan rakan-rakan, mereka semua.tidak pernah jemu membantu apa yang patut. Contohnya macam tempahan Sambal Itam Pahang ini. Asalnya hanya nak suka-suka untuk gembriakan hati orang. Tetapi tidak sangka sama sekali mendapat sambutan pula.

Kalau tengok daripada gambar itu, saya telah selesai siapkan tempahan oleh salah seorang sahabat saya. Sambal ini memang nampak hitam semacam. Tetapi rasanya agak pedas berapi sedikit.
Apa pun, tidak siapa yang dapat menyangka rezeki dibulan Ramadan. Siapa sahaja berhak dan layak mendapat segala rezeki.

Sebelum saya akhiri entri ini, saya nak ambil kesempatan untuk ucapkan Selamt jalankan ibadah puasa dan semoga segala urusan berjalan dengan lancar.
Insha Allah.


No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...