Wednesday, 14 January 2015

CINTA SEJATI HINGGA KE HUJUNG NYAWA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Gambar Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Mencari cinta sejati dan juga kasih sayang yang dapat berkekalan adalah amat sukar di cari. Di zaman yang serba maju dan arus permodenan berkembang pesat membangun membuatkan manusia lebih mementingkan wang ringgit, harta dan juga kuasa sebagai suatu kekuatan.

Cinta sejati hanyalah kepada Allah yang maha esa dan tiada bandingan dan juga harganya. Namun ada juga cinta sejati yang betul-betul kekal abadi hingga ke akhir hayat. Cinta sejati antara pasangan masing-masing dan juga menerima segala kekurangan dan juga kelemahan pasangan dengan seadanya. Perasaan cinta terhadap pasangan yang bukan berdasarkan ke atas sebarang syarat dan juga ikhlas mencintai pasangannya walau apa sahaja keadaan pasangan suami ataupun isteri tersebut.

Hati terdetik untuk menulis entri ini selepas menonton rancangan Wanita Hari Ini di TV3 mengenai suatu topik sangat menyentuh hati dan juga penuh emosi. Topik tersebut adalah Cinta Hingga Ke Hujung Nyawa. Mendengar salah satu perkongsiaan kehidupan rumahtangga tentang kisah seorang suami yang setia menjaga isterinya yang tersayang yang menghidap lueakimia. Menjaga dan juga merawat si isteri dengan penuh kasih dan sayang juga memberikan sokongan moral dan semangat kepada isterinya untuk menjalani kehidupan seperti biasa.

Walaupun isterinya telah meninggal dunia, namun segala kenangan manis dan pahit tentang isterinya masih kukuh terpahat di ingatan dan hati sang suami. Betapa utuhnya kasih sayang dan juga cinta sejati seorang suami. Jarang ada seorang suami yang sanggup melalui pelbagai kepayahan untuk menjaga isterinya yang sedang sakit. 

Apapun, jauh di sudut hati ini teringat apa yang telah di lalui oleh abah semasa arwah emak yang sedang sakit. Masih segar di ingatan, abah sanggup bersusah payah menghantar arwah emak menjalani rawatan susulan setiap bulan di hospital Kuala Lumpur. Abah tidak pernah meninggalkan arwah emak sendirian menjalani apa sahaja rawatan untuk pulih daripada penyakit kanser payudara yang di hidapi oleh arwah emak.


Tidak pernah sekalipun abah merungut ataupun mengeluh menjaga arwah emak yang sakit ketika itu. Malah semua urusan rumahtangga, abah usaha untuk selesaikan dan siapkan semuanya sendiri. Walaupun setelah arwah emak meninggal dunia, abah tetap tidak mahu berkahwin lain. Sebagai anak sulung yang perempuan , saya amat mengagumi kekuatan dan juga ketabahan abah menghadapi semua dugaan dan rintangan. Hanya setelah beberapa tahun arwah emak meninggal akibat daripada penyakit kanser payudara, barulah abah bersetuju untuk berkahwin lain. Itupun setelah dia mendengar pujukan kami adik-beradik yang mahu abah berkahwin dan meneruskan kehidupan seperti orang lain.


Apapun agar sukar mencari seorang suami sepertimana abah. Seingat saya abah tidak pernah berkira dengan arwah emak di dalam menguruskan segala urusan rumahtangga.Jikalau ada kesempatan abah sendiri akan memasak dan juga mengemas rumah sendiri. 


Itulah secebis kisah tentang cinta hingga ke hujung nyawan. Menerima segala kelemahan dan kekurangan pasangan seadanya. Tidak terlalu cepat menghukum pasangan atas kesilapan yang dilakukannya. Manusia tiada yang sempurna. Yang sempurna hanyalah Allah yang maha esa.

Semoga arwah emah di tempatkan di kalangan orang-orang yang solehah. 

Al-Fatihah untuk arwah emak tersayang Siti Rokiah Bte Abdul Kadir.


Coretan Cinta Hingga Hujung Nyawa

Sariah Awang Senik


No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...