Thursday, 10 July 2014

BUMI PALESTIN KEMBALI BERDARAH

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber ; Facebook

Di saat kita sedang menikmati juadah berbuka puasa, saudara-saudara kita di bumi terpaksa berbuka di dalam keadaan yang huru-hara dan senantiasa mengambil langkah berjaga-jaga.
Bila-bila masa sahaja, rumah yang mereka duduki bakal dibedil oleh bedilan bom dan juga peluru berpandu.

Rejim zionis membuat serangan ke atas penduduk Palestin tanpa mengira masa ataupun waktu. Mereka tidak langsung berasa kasihan menyerang orang awam, terutamanya kanak-kanak, kaum wanita dan juga orang-orang tua.

Penderitaan yang di hadapi oleh semua penduduk Palestin terlalu amat perit dan sungguh menyayatkan hati. Tetapi mereka tetap tabah dan cekal menghadapi segala serangan daripada rejim zionis. Rakyat Palestin telah berjuang menentang kekejaman hampir berkurun lamanya. Negaranya senantiasa menghadapi pergolakkan menentang kemerdekaan.

Apalah sangat kesusahan dan penderitaan kehidupan yang kita alami jika dibandingkan dengan penderitaan rakyat Palestin. Kita yang hidup dilahir dan membesar di bumi bertuah ini iaitu Malaysia patut berasa bersyukur dengan segala nikmat yang kita kecapi sehingga kini.

Bayangkan keadaan yang di hadapi oleh rakyat Palestin berlaku keatas negara yang kita sayangi ini. Sayangilah negara kita Malaysia dan jangan biarkan anasir jahat mempergaruhi pemikiran rakyat Malaysia.

Bertapa sayunya hati ini apabila menatap wajah-wajah comel yang menjadi mangsa bedilan bom yang terbujur kaku tidak bernyawa lagi. Melihat si ayah dan ibu meratapi pemergian mereka. Tubuh mereka berlumuran dengan darah. Di sana dan sini ada sahaja runtuhan bangunan berlaku akibat daripada bedilan bom dan juga peluru berpandu dari rejim zionis.

Di dalam sehari ada sahaja nyawa yang terkorban akibat daripada serangan tentera zionis. Rejim zionis menculik kanak-kanak dan juga sesiapa sahaja tanpa sebab yang kukuh. Kemudiam mereka akan dibunuh dan entah apa lagi yang berlaku kepada mereka.

Sesungguhnya bumi Palestin senantiasa dibasahi dengan darah daripada orang awam yang menjadi mangsa serangan rejim zionis.

Kita mungkin tidak mampu berjuang bersama-sama dengan rakyat Palestin. Tetapi kita boleh berdoa dan membantu semua saudara kita dengan apa yang termampu dari kita.

Doa adalah senjata yang paling kuat dan sangat berkesan. Siapa tahu akan ada keajaiban yang berlaku yang mungkin akan berlaku tanpa kita sedari. Kepada semua saudara-saudara kita di bumi Palestin kuatkanlah keimanan dan kesabaran menentang segala kekejaman daripada rejim zionis. Insha Allah  akan ada kemenangan dan kebahagiaan menanti anda semua.

Coretan Ikhlas Dari
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...