Teks : Sariah Awang Senik
Sumber; Sendiri
Ramadan bakal melabuhkan tirainya. Bulan yang penuh berkat dan paling mulia di antara kesemua bulan. Terasa semakin hari, masa berlalu begitu pantas. Dan sebagai hamba Allah, kita tidak dapat lari dari kesibukan dunia yang sementara ini. Kita tidak sedar, bahawa kehidupan yang lebih kekal abadi menanti kita di sana nanti. Segala apa yang kita lakukan di dunia ini hanyalah satu bonus untuk kita di akhirat kelak. Maka dengan sebab itulah Allah telah menetapkan bahawa bulan yang penuh amal kebajikan dan pahala yang teramat banyak adalah bulan ramadan. Di bulan ramadanlah kita harus memperbanyakan amal ibadah supaya kita mempersiapkan diri kita untuk bertemu dengan Allah SWT suatu hari nanti.
Dalam kesibukan kita menguruskan rumahtangga, menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri, ibu dan juga pekerja kepada majikan, kita sering terleka dan juga terlalai dengan tanggungjawab kita kepada Allah SWT. Bertapa kita masih tidak dapat mencontohi saudara-saudara kita di Palestine yang berusaha tidak melupakan Allah SWT walaupun nyawa dan kehidupan terancam dek serangan kejam rejim zionis. Semua saudara kita akan menunaikan tanggungjawab mereka walaupun berada di medan perang. Berbanding kita yang hanya sibuk dengan urusan masing-masing, tetapi masih tidak dapat mengingati Allah walaupun seminit. Coretan bukanlah bertujuan untuk menyindir mana-mana pihak namun hanyalah bertujuan untuk mengingatkan diri sendiri yang senantiasa alpa dengan kesibukan seharian.
Memang benar, Ramadan bakal berlalu pergi namun jauh di sudut hati berdoa moga segala yang dilakukan sepanjang Ramadan ini akan di teruskan buat selama-lamanya.
Ya, Ramadan moga kita akan bersua lagi nanti insha Allah.
Coretan Ramadan
Sariah Awang Senik
################################################
Ingin bekerja dari rumah sambil menjana pendapatan sampingan. Tidak perlu keluar dari rumah untuk mencari duit tambahan.
!!!!! Anda telah bersedia dan ingin tahu lebih lanjut, jangan malu ataupun merasa segan untuk hubungi saya terus Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com!!!
No comments:
Post a Comment