Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri
Kita diuji dan di duga lagi dengan musibah-musibah yang berlaku kepada negara. Seolah-olah ada yang tidak kena atau ianya petanda bahawa Allah SWT tidak merestui apa yang kita buat selama ini.
Ketika saudara-saudara kita di Plastine sedang berjuang menentang kekejaman zionis terhadap rakyat Palestine, negara kita di duga dengan tragedi pesawat yang terhempas akibat terkena peluru berpandu di Ukraine . Tidak tahu dan bagaimana ianya berlaku namun cukup membuatkan kita seolah-olah terkejut dan merasakan semuanya bagai mimpi. Tentu ahli keluarga mereka juga terlalu bersedih dan terkejut dengan apa yang berlaku. Negara kita baru sahaja di landa dengan kehilangan MH370 yang sehingga kini tidak tahu khabar berita dan entah bagaimana nasib penumpang dan juga crew kapal terbang terbabit.
Selain daripada itu, negara kita juga di kejutkan dengan tragedi pertumpahan darah yang berlaku antara polis marin di pulau Mabul di Sabah. Seorang anggota polis terbunuh dan seorang lagi di culik dan sehingga kini masih belum tahu bagaimana nasib anggota polis marin tersebut. Moga anggota polis selamat dan dapat kembali bersama dengan keluarganya yang tersayang.
Tentu ada hikmah di sebalik segala tragedi yang berlaku kepada negara yang sangat kita sayangi ini iaitu Malaysia. Mungkin ada kesilapan yang kita telah lakukan sama ada secara sedar ataupun sebaliknya. Ataupun Allah mahu kita semua lebih beriman dan bertakwa kepada Allah SWT. Dan dengan sebab itulah Allah senantiasa menguji melalui segala musibah dan juga dugaan yang telah berlaku di sekeliling kita.
Apa sahaja yang berlaku, pasti ada hikmah di sebaliknya. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu apa yang terbaik buat semua hamba-hambanya.
Sekarang, kita haruslah lebih mendekatkan diri kepada yang maha esa dan tidak menyalahkan sesama sendiri dengan apa yang telah berlaku. Cuba untuk berubah ke arah yang lebih baik daripada sekarang, insha Allah.
Coretan Ikhlas
Sariah Awang Senik
No comments:
Post a Comment