Monday, 21 July 2014

HIJRAH

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri

Assalamulaikum, setiap apa yang berlaku di dalam kehidupan ini, ada tujuan dan juga sebabnya yang tersendiri. Walaupun dugaan ataupun musibah yang berlaku itu telah menyebabkan kita kehilangan seseorang ataupun kehidupan ataupun apa sahaja, namun percayalah Allah SWT sedang menguji diri kita dan insha Allah bakal digantikan yang lebih baik lagi.

Lihatlah di sekeliling kita sekarang, terlalu banyak musibah yang berlaku di dalam negara dan seolah-olah Allah terus dan berusaha agar kita sedar bahawa secara sedar ataupun tidak , kita sedang melakukan sesuatu kesilapan tanpa di sedari. Negara kita di uji dengan pelbagai musibah seperti:
- Tragedi kapal terbang hilang iaitu MH370
- Peristiwa penceroboh di Lahad Datu
- Dan yang terbaru kapal terbang terhempas MH17

Semua yang berlaku ada sebabnya yang tersendiri. Mungkin segala yang berlaku memerlukan kita berhijrah kepada sesuatu keburukan kepada yang lebih baik daripada sekarang. Dengan berlakunya suatu dugaan dan juga musibah, kita haruslah bersiap sedia atas apa sahaja kemungkinan yang bakal berlaku di dalam kehidupan. Selalunya apabila berlaku suatu musibah, kita lebih terarah melihatnya hanya dari sudut negatif tetapi tidak berusaha melihatnya dari pandangan yang lebih positif. Kita tidak akan pernah sedar jikalau tidak berlaku sesuatu dugaan.

Melalui pengalaman penulis sendiri, segala yang berlaku ada hikmah yang tersendiri. Jika tidak berlaku sesuatu, kita tidak akan pernah belajar dan berusaha memperbaiki segala kesilapan diri sendiri. Bukan mudah untuk bangun dan sekaligus berdiri apabila kita di kecewakan insan tersayang. Hanya kekuatan dan berusaha sebaik yang mungkin menerimanya dengan penuh tulus dan ikhlas.

Mungkin sekarang kita gagal membentuk kehidupan ini. Namun setidak-tidaknya kita telah sedar dan berusaha memperbaiki segala kelemahan diri.

Hijrahlah kepada sesuatu keburukan kepada suatu kebaikan yang lebih kekal abadi sehinggalah ke penghujung nyawa kita kelak.

Coretan Ikhlas
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...