Sunday, 19 October 2014

MASA ITU EMAS

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google Dan Facebook
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Sesungguhnya masa itu emas dan akan berlalu terlalu cepat. Masa tidak akan menunggu kita dan kitalah yang harus menyusun segala aktiviti mengikut masa yang telah ditentukan. Gunakanlah masa yang ada sebaik yang mungkin dan janganlah bazirkan masa yang ada.

Sekiranya kita bijak mengatur masa yang ada dan mengisikannya dengan perkara yang berfaedah, insha Allah segala usaha-usaha kita untuk mencapai suatu kejayaan di dalam kehidupan tidak akan sia-sia. Masa akan berlalu begitu sahaja, andainya kita asyik dan leka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Ingatlah berbuat sesuatu kebaikan sebelum terlambat dan janganlah menyesal di kemudian hari.

Kita ada 24 jam di dalam sehari dam jumlah jam dan masa yang ada, susunlah aktiviti sebaik yang mungkin. Kalau perlu buatlah jadual tersendiri di rumah agar anda manfaatkan masa anda sebaik yang mungkin dan hargailah masa yang ada.

Jadual waktu yang anda sediakan, bukan sahaja dapat digunakan bersama-sama anak-anak dan keluarga malah hubungan kekeluargaan akan bertambah erat. Di pengakhiran hari, periksa jadual waktu di rumah sama ada anda telah gunakannya sebaik yang mungkin.

Akhir kata, gunakan masa yang ada sebaik yang mungkin, kerana masa yang ada tidak akan berulang kembali.

Coretan Masa
Sariah Awang Senik

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

  
Peranan blog terhadap perniagaan dan juga perkhidmatan terlalu besar. Mempunyai dan juga menulis blog amat menjimatkan masa dan juga mengurangkan segala kos.

Kita tidak perlu menyewa kedai ataupun mengaji pekerja untuk membuat sebarang penerangan ataupun promosi tentang perkhidmatan dan juga perniagaan sekarang.

Ternyata peranan sebuah blog teramat besar dan juga berguna. Anda berminat ingin belajar menulis blog yang baik dan tersusun. Sila hubungi saya Sariah 019-4075634 email sariah.awangsenik@gmail.com

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...