Sunday, 19 October 2014

HARI YANG CUKUP MEMENATKAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Hari ini adalah hari yang paling panjang dan juga memenatkan. Kebiasaannya hari minggu macam ini, ramai pelanggan akan singgah berehat sambil menikmati kesedapan kuih pau yang dijual oleh gerai di tempat aku bekerja.

Kebetulan pula, rakan sekerja yang juga kawan rapat bercuti setelah menjalani suatu pembedahan di lututnya. Maka dengan sebab itulah semua kerja harus diselesaikan sebaik yang mungkin.

Pelanggan yang singgah minum dan juga makan, memang agak ramai hari ini. Kalau semua pelanggan sama perangai dan juga dan juga senang difahami tidak mengapa. Namun semua masalah aku selesaikan sebaik yang mungkin.

Alhamdulilah semua tanggungjawab berjalan dengan lancar dan juga semua masalah dapat diatasi dengan baik. Bagi yang dalam perjalanan balik dari arah utara ke Kuala Lumpur,bolehlah berhenti berehat sama ada di hentian R&R Tapah atapun R&R Hulu Bernam.

Kebiasaannya di hentian rehat kawasannya luas dan parkingnya agak selesa. Tetapi di hentian rehat Hulu Bernam juga ada daya tarikannya yang tersendiri.
Terdapat beberapa pilihan yang agak menarik jika singgah berehat di hentian Hulu Bernam. Antara gerai yang menjadi tarikan utama ialah :
### Gerai No 2 yang menjual Pau Tanjung Malim.
### Gerai No 3  yang menjual mee wantan , mee kicap dan beberapa hidangan yang istimewa.
### Selain daripada itu ada juga gerai yang menjual nasi ayam, nasi beraini. Gerai no 4 ini, baru-baru ini telah menjadi juara di Seremban.
### Gerai no 6 terkenal dengan Mee Kari dan juga menyediakan beberapa masakan panas seperti nasi goreng kampung dan juga nasi berlauk.
### Gerai no 8 terkenal dengan masakan asam pedas yang disediakan di dalam beberapa set.

Ada juga beberapa pilihan yang lain antaranya gerai yang menjual kuih muih seperti gerai no 5, 7,9 dan juga 11. Masakan mamak pula boleh dinikmati di gerai no 10. Jika anda singgah berehat ataupun ingin makan dan minum, silalah berkunjung ke gerai-gerai yang saya nyatakan tadi.

Coretan Ikhlas
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...