Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Kenangan semasa menjaga arwah emak yang sedang menghidap penyakit kanser payudara terlalu banyak. Selama hampir beberapa tahun arwah emak berjuang melawan penyakit kanser.
Masih teringat bagaimana arwah emak merahsiakan penyakit kanser payudaranya kerana tidak mahu membebankan keluarga saudara mara terutama abah saya, pada waktu itu. Pada peringkat permulaan menghidap penyakit kanser, arwah emak nampak kuat dan juga tabah menerima segala kemungkinan. Pada waktu itu arwah emak menjalani kehidupan sehariannya seperti biasa. Bertugas sebagai attendan hospital di sebuah hospital di daerah kelahiran saya iaitu Kuala Lipis Pahang.
Arwah emak merupakan seorang yang aktif dan tidak pernah membuang masanya begitu sahaja.
Ketika itu saya masih lagi bersekolah menengah dan tidak pernah terlintas di fikiran bahawa akan kehilangan arwah emak yang sangat saya sayangi.
Emak pandai memasak apa sahaja masakan dan seorang yang kemas dan tidak suka melihat keadaan rumah yang tidak kemas. Memang arwah emak suka berleter dan sayalah orang pertama yang menjadi mangsa leteran kerana sikap saya di waktu persekolahan yang agak nakal dan juga degil. Namun itu bukanlah bermakna saya tidak menghormati dan sayang kepada arwah emak.
Kerana penyakit kansernya arwah emak terpaksa berulang alik dari daerah Kuala Lipis ke hospital besar Kuala Lumpur. Waktu itu pendedahan tentang penyakit kanser tidak banyak. Mungkin kerana arwah emak tahu bahawa hayatnya tidak panjang, arwah emak mengajar saya serba sedikit tentang urusan rumahtangga sedikit demi sedikit. Masa itu saya tidak memahami apa yang arwah emak sedang lakukan. Arwah emak pernah berpesan kepada saya supaya berusaha untuk hidup berdikari dan tidak mengharap pertolongan orang. Katanya, " Jangan terhutang budi, nanti susah hendak dibalas ". Itulah antara pesanan arwah yang masih kekal di ingatan saya hinggalah ke hari ini.
Kini telah hampir berbelas tahun arwah emak pergi meninggalkan saya dan juga adik-adik. Semua adik- adik telah pun bekerja dan berkahwin . Mereka semua pun kini telah hidup bahagia bersama keluarga masing-masing. Saya dan adik-adik saling membantu di antara satu sama yang lain.
Kepada arwah emak tersayang Siti Rokiah Abd Kadir, hanya doa dan sedekah Al-Fatihah yang mampu saya lakukan sekarang. Saya tidak sesekali melupakan segala pesanan arwah emak terhadap saya dahulu.
Al-Fatihah buat emak tersayang Siti Rokiah Bte Abdul Kadir.
Coretan Kasih Sayang
Sariah Awang Senik
Berminat untuk mengetahui bagaimana minat dan juga kemahiran boleh menjana pendapatan daripada rumah.
Ingin tahu bagaimana dan juga anda telah bersedia, sila hubungi saya :
@@@ Sariah Awang Senik
@@@ Tel 019-4075634
@@@ Email sariah.awangsenik@gmail.com
@@@ Fanpage Sariah AWANG SENIK Corner
@@@ Facebook Sariah Awang Senik
al fatihah
ReplyDeleteAlfatihah
ReplyDeleteal fatihah
ReplyDeletetakziah yer