Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Bekerja sambil menguruskan rumahtangga dan juga dapat membantu meringankan beban kewangan keluarga. Itulah yang menjadi trend, bekerja sambil menjadi seorang surirumahtangga.
Tidak perlu mengharungi kesesakan lalu lintas dan juga mengeluarkan belanja yang banyak untuk menghantar anak-anak ke pusat jagaan anak-anak ataupun taska juga tadika.
Menjadi seorang surirumahtangga pada zaman yang makin maju ini bukanlah perkara yang mudah. Dan seorang surirumahtangga juga tidak terhad kepada mereka yang mempunyai latar belakang pendidikan yang rendah malah ada juga yang berpendidikan tinggi tetapi tetap mahu bekerja dari rumah.
Dengan membesarkan sendiri serta menjaga anak-anak dapat mengeratkan hubungan anak-anak dengan ibubapa serta dapat menghalang anak-anak dari terjebak dengan gejala sosial yang lain. Selain daripada itu, kita juga dapat memastikan siapakah kawan-kawan yang anak kita selalu berkawan.
Trend bekerja daripada rumah sekarang bukanlah sesuatu perkara yang kolot ataupun ketingglan zaman. Ianya sekarang telah pun dapat diterima oleh masyarakat dan dapat mengurangkan masalah gejala sosial yang semakin meruncing sekarang ini.
Namun untuk bermula bekerja daripada rumah perlukan persediaan yang lengkap. Antara yang menjadi perkara pertama ialah:
@@@ Modal dan juga kewangan yang kukuh dan stabil.
@@@ Persediaan dari mental dan juga fizikal.
@@@ Displin yang tinggi.
@@@ Jadual waktu dirumah tentang membahagi masa bekerja dan menguruskan rumahtangga.
@@@ Kerjasama daripada keluarga terutamanya suami ataupun ibubapa.
@@@ Sudah pun mempunyai kumpulan sokongan ataupun networking yang kukuh.
Itu adalah perkara-perkara yang perlu diambil berat sebelum membuat keputusan untuk bekerja daripada rumah. Jika anda mempunyai sedikit kemahiran dan juga pengetahunan, ianya juga dapat membantu diri anda.
Akhirkata trend bekerja dari rumah bukan lagi trend yang ketinggalan zaman ataupun kolot.
Sesiapa juga layak bekerja dari rumah. Kepada mereka yang telah pun berjaya bekerja dari rumah dan telah pun meraih kejayaan sendiri syabas saya ucapkan dan semoga terus sukses di dalam apa bidang yang anda ceburi.
Coretan Bekerja Dari Rumah
Sariah Awang Senik
No comments:
Post a Comment