Monday, 20 October 2014

TIPS RINGKAS UNTUK BAHAGIA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Semua orang ingin hidup bahagia bersama-sama dengan keluarga dan juga anak-anak. Siapa yang tidak ingin hidup bahagia kan? Namun siapakah yang lebih berkuasa daripada segala-galanya? Sudah tentulah Allah SWT yang maha berkuasa dan juga lebih mengetahui apa yang terbaik buat semua hamba-hambanya.

Perjalanan hidup ini sebenarnya terlalu singkat. Dan janganlah menyimpan terlalu banyak rasa sedih, benci, dendam dan juga sebagainya. Saat dilanda kesedihan dan juga kesusahan, nikmatilah segala detik kesusahan itu dengan hati yang redha dan ikhlas. Percayalah ada hikmah yang tersembunyi disebalik semua dugaan yang mendatang.

Sebenarnya saya sendiri telah melalui pelbagai fasa kehidupan yang penuh dengan warna-warninya tersendiri. Namun mengalah dan menyesal disetiap apa yang terjadi tidak sama sekali.

Setiap apa yang berlaku ada sebabnya yang tersendiri. Jikalau sesuatu terjadi, muhasabah diri anda terlebih dahulu. Adakah anda telah melakukan yang terbaik untuk keluarga ataupun orang yang paling anda sayang.

Membina kembali kehidupan yang telah hampir musnah bukanlah perkara yang mudah. Seseorang harus mempunyai kekuatan mental dan juga fizikal. Selain doa, solat dan zikir, berusahalah mencari jalan penyelesaian daripada semua yang membelenggu fikiran anda.

Antara tips-tips ringkas yang saya amalkan untuk terus kekal bahagia ialah:
@@ Muhasabah diri anda terlebih dahulu.
@@ Jangan membuat sebarang keputusan, saat emosi belum stabil sepenuhnya.
@@ Beri ruang kepada diri untuk bersedih dan juga berfikir apakah tindakan anda selanjutnya.
@@ Jangan terlalu lama bersedih dan berfikirlah secara lebih positif.
@@ Jangan mengharap simpati daripada orang lain.
@@ Lakukan aktiviti ataupun sesuatu yang dapat melupakan sebentar segala kesedihan anda.
@@ Jangan menyimpan perasaan dendam ataupun benci, walaupun hamba Allah tersebut telah melukakan hati dan perasaan anda.
@@ Anggap sahaja orang yang menyakiti hati kita sebagai seorang anak-anak kecil yang selalu membuat kesilapan.
@@ Habiskan masa yang ada bersama kelurga tersayang dan juga anak-anak.
Dan yang terakhir adalah teruskanlah berdoa dan mohonlah kepada Allah, semoga dipermudahkan segala urusan anda dunia dan akhirat. Insha Allah kehidupan anda akan lebih berkat dan juga bahagia.

Coretan Bahagia
Sariah Awang Senik.

################################################

Kelas urus akaun secara online di Akademi Bekerja Dari Rumah.
Kelas ini akan diadakan pada 30/10/2014 dan juga pada 2/11/2014.
Seisi kelas ini akan berlangsung secara online selama 3 jam.

Anda ingin belajar menguruskan akaun perniagaan anda, boleh terus hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun.email sariah.awangsenik.blogspot.com

Wishlist:
@@ Ingin menjadi penulis yang mempunyai aura tersendiri.
@@ Ingin kaya dan berjaya serta dapat membantu orang yang.lain.
@@ Ingin bercuti bersama dengan.keluarga dengan pakej percutiaan yang mampu milik.

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...