Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google Dan Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Masa berlalu begitu pantas. Sedar tidak dah hari Jumaat. Dan hari ini adalah hari yang paling penting bagi umat manusia yang berada di Mekah. Hari ini adalah hari wukuf di padang Arafat. Semasa wukuflah apabila kita berdoa, insha Allah doa kita adalah mustajab. Maka kita digalakkan berdoa apa sahaja.
Tidak berapa hari lagi kita juga akan menyambut Hari Raya Korban. Harinya jatuh pada hari Ahad. Saya rasa sangat bersyukur kerana masih berpeluang untuk menyambutnya bersama-sama anak-anak tersayang. Anak dara dan anak teruna akan pulang ke rumah hari ini. Rasa gembria yang teramat sangat kerana saya dan anak-anak masih dapat bersama-sama lagi.
Esok juga merupakan hari yang agak sibuk. Sebab terpaksa ke pasar membeli sedikit barangan bagi persiapan menyambut hari raya haji. Berdoa moga semua jemaah haji akan mendapat haji yang mabrur dan menunaikan segala ibadah sebaik yang mungkin.
Coretan Hari Jumaat
Sariah Awang Senik
@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Koleksi Perfume Garden
Dari Ralph Lauren untuk wanita.
Sangat menarik harga RM140 dah termasuk postage. Berminat untuk dapatkannya hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com
No comments:
Post a Comment