Friday, 10 October 2014

ANTARA ROTI KAHWIN DAN PAU

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Kalau nak tahu inilah menu istimewa yang ada apabila singgah di hentian Rehat dan Rawat Hulu Bernam. Paunya sudah lama terkenal sejak zaman berzaman dan juga mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Namun untuk anda merasa pelbagai lagi menu yang istimewa, bolehlah berkunjung sendiri ke restorannya yang terletak bersebelahan dengan sebuah kuil dan juga berdekatan dengan hospital Tanjung Malim.

Saya sudah hampir sepuluh tahun bekerja di cawangannya yang terletak di hentian Rehat Dan Rawat Hulu Bernam. Terlalu banyak gelagat pelanggan yang telah saya lalui dan juga berusaha untuk belajar dan juga menimba ilmu pengetahunan sebelum menyimpan cita-cita membuka sebuah cafe yang mempunyai konsep yang tersendiri. Sebenarnya saya lebih berminat di dalam bidang lain berbanding dengan bidang masakan.

Kebiasaannya apabila musim perayaan ataupun cuti umum, kami tidak dapat membuat roti kahwin memandangkan selalu tidak mempunyai cukup pekerja dan juga masa untuk menyediakannya. Selalunya anda hanya boleh menbeli pau sama ada yang sudah di masak ataupun yang sejuk bekunya.

Roti yang digunakan untuk membuat roti kahwin bukanlah roti biasa. Kami menggunakan roti paun. Ianya terlebih dahulu di sapu dengan kaya dan kemudiannya di bakar. Setelah agak garing, bolehlah di angkat dan juga diletakkan mentega di atasnya.

Agak menarik bukan? Jika anda ingin mencuba memakan roti paun dan juga paunya, bolehlah singgah ke restoran yang dibuka setiap hari.

Coretan Masakan
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...