Monday 3 December 2018

AMALAN UNTUK TERUS KEKAL BAHAGIA


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Bahagia itu ada dimana-mana. Tak perlu susahkan diri untuk mencari satu kebahagiaan, sedangkan kebahagiaan itu telah lama wujud dalam kehidupan kita. Mengejar satu kebahagiaan yang tak pasti lebih menyakitkan dari mencipta sebuah kebahagiaan.

Dalam kehidupan yang kita lalui setiap hari, semua orang berhak untuk hidup dengan lebih bahagia.
Saat dilanda satu dugaan dan juga musibah memang biasanya kita akan rasa kecewa dan sedikit lemah. Apa pun janganlah dibiarkan semua perasaan yang lemah itu bersarang terlalu lama dalam diri kita.

Luahkan segala rasa dan lepaskan semua rasa yang tak sepatutnya itu maafkan diri dan mohonlah kepada Allah agar dipermudahkan dan ditunjukkan jalan yang sejelas-jelasnya.

Tiada bahagia yang lebih kekal lama bertahan selain dari melakukan amalan-amalan ini.
Kebahagiaan yang terletak pada satu-satu material takkan bertahan lama.

Antara amalan yang biasa saya lakukan untuk terus kekal lebih lama bahagia adalah melakukan amalan zikir, selawat, solat sunat dan sedekah setiap hari. Walau ada kalanya banyak cabarannya, usahakan jangan ditinggal segala amalan ini terus.

Istiqamah dan bersabarlah dalam lakukan semua amalan ini.
Jika ada yang kurang dimana-mana secepat yang mungkin buatlah solat taubat istighfarlah sebanyak yang mungkin.

Lagi banyak istighfar lagi bagus dan letakkan segala kepercayaan kepada Allah melebihi kepercayaan dari makhluk Allah itu sendiri.

Apabila sudah terbiasa lakukan amalan-amalan ini perlahan-lahan jiwa dan minda kita akan lebih tenteram dan tak berada dalam keadaan risau sepanjang masa.

Amalan-amalan ini bukanlah menyusahkan diri sebaliknya mendekatkan lagi diri dengan Allah yang maha esa.
Melatih dan mendidik diri agar lebih istiqamah dan berdisplin serta bergantung sepenuhnya kepada Allah dan tak kepada yang lainnya.


Sekian
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...