Sunday 23 December 2018

JAGA LIDAH DAN HATI KITA



Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik

Hanya kerana lidah dan juga hati kita dah pun mendapat dosa tanpa kita sedar.
Apabila mengucapkan akan sesuatu patah perkataan maka berhati-hatilah. Daripada banyam mengeluarkan segala perkataan ada baiknya mengambil langkah berdiam diri sahaja.

Itu adalah langkah yang paling terbaik. Saat lidah laju berbicara dalam masa yang sama jagalah juga hati kita ini. Dalam diri kita ada segumpal daging yang dinamakan hati dan adalah salah satu organ yang penting dalam memainkan peranan sistem dalam tubuh badan manusia.

Apabila telah wujudnya benih-benih negatif dalam hati kita, maka secara tak langsung benih-benih dosa makin mekar dalam hati manusia.
Sungguh lidah akan berbicara selancarnya apa yang tersirat dalam hati manusia.

Bak kata pepatah orang-orang tua, terlajak perahu boleh diundur.
Terlajak kata hati terasa dan membukulah segala perasaan marah, sedih, kecewa dan sebagainya.

Menjaga lidah cari mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan orang lain tak semudah yang disangka.
Terdahulu hati manusialah yang perlu dirawat serapi yang boleh.
Jika hatinya penuh dengan rasa dendam, iri hati maka lidah akan berbicara apa sahaja yang tersimpan dalam hati .
Maka pastikan hati sebersihnya sebelum mengeluarkan segala patah perkataan.
Selalu muhasabah diri agar tak cemburu akan kebahagiaan dan juga rezeki orang lain.

Daripada membuang masa dan menambah dosa asbab lidah dan hati ada baiknya kita mendoakan lagi akan kebahagiaan dan juga rezeki seseorang. 
Ingatlah dalam masa yang sama mendoakan orang lain akan ada malaikat yang juga doakan hal yang sama buat diri kita.

Apa pun mendoakan akan orang lain tak memerlukan banyak masa dan juga duit ringgit.
Asas yang paling sukar nak dijaga adalah lidah dan juga hati.
Tambah membuatkan diri kita lagi berdosa jika ada hati manusia yang terasa akan segala kata-kata yang telah kita lemparkan walau secara tak sengaja.

Memohon maaf dan juga memberi satu kemaafan adalah satu kelegaan yang teramat sangat. Pada mulanya kemaafan yang diberi adalah bagaikan satu beban. Tetapi jika kita memaafkan kerana Allah yang maha esa, insha Allah kita akan rasa segala beban telah hilang begitu sahaja.

Hanya beberapa hari sahaja lagi tahun 2018 bakal berakhir.
Dan yang terbaru kita diuji lagi dengan musibah yang berlaku lagi di negara jiran kita Indonesia.

Allah sedang memberi satu teguran dan peringatan buat diri dan juga semua hamba-hambanya. Apa yang berlaku ada pengajaran disebaliknya.
Jangan dipandang ringan.
Jagalah sebaiknya lidah setiap kali bercakap dan pastikan hanya yang bebaik sahaja. 
Juga mohonlah keampunan terus kepada Allah jika hati dah tercalar dek dosa yang kita lakukan.

Ampunkan kami semua Ya Allah. Tetapkan hati dan jauhilah lidah kami dari mengeluarkan kata-kata yang tak sepatutnya.


Sekian 
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...