Monday 3 December 2018

JASA SEEKOR KUCING



Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Inilah si Belang, hanya seekor kucing kampung sahaja. Tapi jasanya kepada tuan sanggup mengadai nyawanya sendiri. Tahu hanya seekor binatang yang tak mampu berkata apa-apa.
Hanya mampu mengeow dan membelai-belai kaki meminta diberi makan.

Kelmarin rasa kesian dan terhutang budi pada si Belang. Kalau tak kerana pekanya mata si Belang takkan tahu apa yang bersembunyi disebalik kotak berhampiran dengan tandas.

Sebenarnya sehari semalam tinggalkan rumah kerana menghantar durian ke rumah adik di Sg Buloh. Esoknya dalam perjalanan balik ke rumah dalam train komuter entah kenapa hati ini rasa tak tenang dan takut akan sesuatu. Sukar digambarkan semua rasa itu. Dahlah waktu itu train komuter meluncur laju meredah hujan yang sedang turun.

Teringat juga akan kejadian kemalangan train komuter yang berlaku di Tanjung Malim baru-baru ini. Train berlanggar dan mujurlah tiada kecederaan yang serius berlaku. Dalam hati ini tak berhenti-henti berdoa agar perjalanan ini dipermudahkan .

Sesampai sahaja di pintu pagar rumah, pun hati ini masih lagi rasa tak tenteram. Entah apalah yang Allah nak duga kali ini. Setelah selesai memgemas dan memberi makam si bulus termasuk jugalah si Belang, saya mengambil keputusan untuk terus sahaja masuk tidur. Memandangkan esoknya hari Ahad dan pastilah banyak kerja yang harus diselesaikan.

Bangun sahaja pagi, hati ini masih lagi rasa yang sama.
Apa pun setelah mandi dan mendirikan solat Subuh dan juga selawat dan zikir seperti biasa, saya bersiap-siap hendak ke tempat kerja.
Selesai sahaja bersiap saya duduk berehat seketika. Waktu saya sedang menyambung kembali zikir dan juga selawat dan berniat untuk habiskan semua zikir dan selawat itu.

Terperasan ketika sedang habiskan semua zikir itu, ada dua ekor bulus yang sedang mengejar sesuatu di sebuah kotak berdekatan dengan tandas. Nampak juga si bulus Belang dan si Buruk sedang berusaha gigih untuk menangkap sesuatu. Saya fikirkan mungkinkah seekor tikus. Lantas membiarkan sahaja. Lama-kelamaan nampak bunyi suara si Buruk tiba-tiba menjadi garang. Saat itu hati rasa tak tenteram. Saya mengambil keputusan untuk berhenti sekejap segala zikir dan selawat yang saya lakukan tadi.
Terus sahaja meluru ke arah kotak untuk melihat apakah sebenarnya yang berlaku.

Mengucap panjang dan terkejut rupa-rupanya si Buruk dan si Belang sedang melawan seekor anak ular tedung . Terlihat dengan jelas kepala ular itu mengembang dan bersedia bila-bila masa untuk mematuk kedua ekor bulus ini.

Tanpa berlengah, saya menjerit memanggil anak bujang untuk membunuh ular ini kerana ular ini seakan tak mahu keluar dari rumah. Tiada apa yang tajam atau buluh dalam rumah ini. Yang ada hanyalah sebatang paip besi dan juga sebotol ubat nyamuk.

Terus saya mencapai sebotol ubat nyamuk Sheltox dan menyuruh anak bujang spray ke ular tersebut biar ular tu pening dan senang dibunuh. Tahu ular itu tak besar mana. Tapi jika dibiarkan akan membawa banyak bahaya dalam rumah ini.

Apabila ular itu dah agak pening, anak bujang usaha lagi untuk menghalaunya. Namum ular tersebut tetap lagi melawan dan mengelupur dek pening dengan ubat nyamuk yang anak bujang spray tadi. Anak bujang terus sahaja melaungkan azan dan lantas memukul kepala ular tersebut. Alhamdulillah apabila terkena sahaja kepalanya, terus kepala ular itu nampak seakan longlai. Lagi sekali anak berazan dan memukul kepala dan badan ular sampailah mati. Syukur bila dah mati terus anak bujang ambil ular itu dengan penyapu sampah dan letakkan dalam penyodok sampah dan buang ular tersebut di sebuah longkang besar yang terletak dihadapan rumah.

Saya berkata kepada anak bujang dan anak dara kalau tak kerana dua ekor bulus yang sibuk ditepi kotak itu, sampai bebila pun tak menyangka dah ada seekor anak ular masuk ke rumah. Syukur juga kepada Allah kerana telah menerbitkan rasa tak tenteram dalam hati ini. Jika tak Allah gerakkan hati si bulus-bulus itu tak mungkin tahu apa yang telah berlaku.

Kepada Allah tak putus-putus saya berdoa kepada Allah buat si bulus-bulus ini. Memang seekor binatang dan hanya seekor kucing kampung. Tetapi naluri kucing dapat merasai dan membaca isi hati orang yang sayang akan dirinya.
Alhamdulillah terima kasih Ya Allah atas segala jasa dan pengorbanan si bulus Belang dan juga Buruk.


Sekian
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...