Tuesday 4 December 2018

SYUKUR HUJAN LAGI


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Apabila dah masuk bulan 12 ini, beginilah keadaannya.
Kalau hujan sebelah pagi, petang tak hujan. Kalau petang yang hujan, pagi alhamdulillah tak hujan. Apa pun bersyukur masih lagi dapat rasa keadaan hujan ataupun panas.

Jika dibandingkan dengan negara lain, Malaysia masih lagi bumi yang bertuah.
Maka dengan itu setiap hari tak pernah lupa untuk mendoakan akan kesejahteraan negara Malaysia juga buat seluruh rakyatnya.

Masa tengah menaip entri, hujan masih lagi turun diluar itu.
Entah bila akan berhentinya, hanya Allah yang tahu.
Sambil menaip entri ini, saya ditemani oleh dua ekor si bulus yang baru sahaja selesai makan. Beginilah rutin saya kalau sudah cuti.

Hari cuti masa saya banyak dihabiskan dirumah, mengemas dan juga habiskan masa dengan si bulus.
Malam ini sejuknya sangat terasa.
Terpaksa menutup kipas sekejap kerana tak tahan akan rasa sejuk ini.

Mendengar titisan hujan diatap dapur rumah, bagaikan satu irama.
Sekejap rancak dan nanti kembali perlahan semula.

Saya memilih untuk teruskan juga menulis walau tahu tak ramai yang sudi singgah membaca blog kesayangan ini. Biarlah asal niat yang baik insha Allah.

Hujan makin reda.
Agak sunyi sebentar dan sesekali kedengaran suara anak-anak kecil jiran sebelah rumah.

Alhamdulillah. Semoga rahmat dan nikmat ini tak melalaikan saya dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah yang telah dianugerahkan.
Syukurlah.


Sekian
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...