Monday 17 December 2018

REZEKI TETAP ADA


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik


Musim cuti sekolah ini memang agak sibuk.
Bekerja sebagai seorang pembantu kedai dan bekerja pulak disebuah hentian Rehat dan Rawat ini memang agak susah sikit untuk bercuti di hujung minggu.

Ada masa cemburu juga apabila melihat orang lain habiskan masa bersama dengan anak-anak setiap kali tiba musim cuti sekolah.
Apa pun tetap bersyukur walau hidup tak semewah mana, tapi segala kehidupan ini dapat dilalui bersama dengan anak-anak tersayang.

Memandangkan anak-anak semakin membesar ditambah anak bujang tersayang masih belajar disalah sebuah pusat pendidikan tempatan, maka saya harus berbuat sesuatu untuk menambah pendapatan keluarga.

Selain dari mendapat bantuan Zakat Selangor, saya juga menjalankan satu perniagaan secara sambilan. Perniagaan ini mulanya hanyalah secara atas talian dan kemudiannya barulah secara offline.

Walau belum lagi mendatangkan pendapatan yang lumayan, saya tetap tidak berputus asa untuk menjalankan perniagaan dan senantiasa berusaha gigih dan teruskan berdoa.
Mujurlah saya mempunyai mentor dalam satu group wasap.

Dari group itulah saya mendapat tunjuk ajar dan nasihat dari yang pakar dan telah terbukti berjaya dalam menjalankan perniagaan ini.

Apabila melihat rakan-rakan lain berkongsi akan kisah kejayaan mereka mendapat sale yang banyak, maka dalam masa yang sama saya mengambil peluang untuk turut sama mendoakan mereka.

Tak rugi sebenarnya mendoakan orang lain.
Sebab dalam masa yang sama malaikat juga akan mendoakan hal yang sama buat diri kita.
Percayalah rezeki tetap ada buat kita dan janganlah semarakkan rasa syak wasangka yang buruk terhadap Allah yang maha esa.

Insaflah dan bertaubat dan mohonlah bersungguh-sungguh kepada Allah yang maha berkuasa.


Sekian
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...