Thursday 29 November 2018

CEKODOK KASIH SAYANG


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Hujan yang turun tadi boleh tahan jugak lebatnya.
Mujur dah habis waktu kerja dan dah pun balik ke rumah. Selesai saja mandi dan solat tiba-tiba teringat nak buat cekodok Ikan Bilis.

Petang-petang macam ini tambah hujan pulak, sedap makan cekodok ini.
Saya pun terus ke dapur dan suruh anak dara tersayang mengopek ikan bilis nak buat cekodok ikan bilis tu. Sementara tunggu anak dara selesai mengopek ikan bilis tu saya mengupas sedikit ubi kentang.

Cadangnya nak goreng sahaja ubi kentang ini. Teringat pulak si anak dara pun suka sangat makan ubi kentang goreng ini.
Bila dah siap separuh ubi kentang yang digoreng itu, ikan bilis pun siaplah.
Tanpa berlengah lagi saya pun terus saja siapkan bahan-bahan lain untuk cekodok ikan bilis ini.

Sebelum itu nak beritahu juga ini. Gambar cekodok yang  diatas ini bukanlah cekodol yang saya buat itu. Sebabnya tadi sebaik sahaja cekodok ini siap digoreng dan dimakan panas-panas macam sedapnya sampai dan nikmatnya rasa cekodok itu susah nak digambarkan.

Terlintas juga dalam hati masa makan cekodok ikan bilis nak ambik gambar tapi terlupa pulak. Yang bestnya dan rasa sangat bahagia ialah apabila saya dan juga anak-anak tersayang sama-sama menikmati kesedapan cekodok ini.

Ikutkan resipi buat cekodok ikan bilis ini tidak adalah bahan-bahan yang istimewa yang lain.
Cumanya setiap kali nak masak apa-apa walau hanya sekadar telur dadar pasti saya dahulukan terlebih dahulu dengan selawat dan istighfar. Hanya itulah sahaja resipi rahsianya.

Bila dapat makan bersama dengan anak-anak dalam hujan lebat yang turun mencurah-curah tadi terasa sangat membahagiakan. Dalam hati ini ingin selalu habiskan masa bersama dengan anak-anak macam itu.

Almaklumlah anak teruna belajar nun jauh di Kuantan. Yang si adiknya pulak walau tak terlalu jauh tetapi selalu rasa rindu.

Mungkin disebabkan semua faktor itulah yang telah membuatkan cekodok ikan bilis saya bertambah sedap.
Senang cakap cekodok ini terasa sedap sebab mungkin dimasak dengan penuh rasa kasih sayang atau cekodok kasih sayang walau hanya dimasak secara ringkas.

Sekian 
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...