Thursday, 15 November 2018

SI BULUS MASIH SAKIT

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Rasa rindu pulak malam.
Mana tidaknya, selalu kalau pepetang itu balik dari kerja, ada sahaja yang setia menunggu saya balik.
Tapi dah hampir 4 hari ini, tiada nampak pun si bulus yang bernama Belang ini.

Hari ini dah masuk hari ke empat Belang kurang sihat.
Tak tahulah apa yang sebenarnya terjadi pada Belang ini.
Mungkin bergaduh dengan kucing jantan yang lain ataupun dipukul oleh anak-anak jiran tetangga.

Almaklumlah, Belang kalau dengan orang yang kurang kenal, memang liar habis. Yang pandai menjinakkan dan memujuk si Belang ini, siapalah lagi kalau bukan anak-anak tersayang.

Sejak kecil anak anak tak takut dengan kucing. Kucing yang takut dengan diaorang berdua adalah.
Seorang suka cari kutu kucing dan seorang lagi suka sangat menyakat dan mengusik bulus-bulus ini.

Syukur jugaklah anak-anak tersayang tiada sakit asma.
Kalau tak, tak tahulah nak dibayangkan macam mana.

Beberapa hari ini, Belang semakin sakit. Semalam dah nampak sihat sikit, mulalah merayap keluar. Petang tadi, lagilah rasa terkejut sebab luka di sebelah tangan kirinya bertambah pulak.

Kena gigit atau terluka langgar apa, hanya tuhan yang tahu.

Rasanya kalau ditakdirkan Allah, kucing boleh bercakap, pasti si Belang ini akan mengadu macam-macam hal. Walau hanya setakat kucing kampung, saya tetap juga berusaha untuk merawat segala luka-luka Belang.

Memanglah tak berapa pakar bab-bab merawat kucing ini, namun saya tiada. Harapan saya bila anak bujang balik hari Sabtu ini, adalah jalan penyelesaiannya.

Setiap hari berdoa kepada Allah, agar si Belang sembuh dan dapat bergurau dan bermain seperti biasa.

SENANTIASA BERSIAP SEDIA

Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Google http://sariahawangsenik.blogspot.com Terima kasih Ya Allah kerana hari ini masih bernafas ...