Thursday, 8 November 2018

NAK BERJAYA, MESTILAH SUSAH DULU


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Tiada jalan singkat nak berjaya.
Kena bersusah-payah dahulu.
Dan jangan sesekali lupa dan letih berdoa.

Semuanya bukan mudah. Macam itu jugalah dalam nak capai satu kejayaan.
Tiada yang pintas dan bukan dalam masa yang singkat.
Ada masanya terpaksa gagal beratus kali dan mencuba sebanyak yang mungkin dan barulah berjaya.

Macam memasak tak sah kalau tanpa garam, gula dan juga sebagainya.
Dalam nak capai satu kejayaan, pun mesti lalui hal yang sama.
Kena susah dan paling sukar kena korbankan masa-masa santai dan fokus akan satu kejayaan.

Kena pasakkan pada minda itu kenapa kita ingin capai sesuatu kejayaan ini.
Perjuangan setiap orang dan cara nak capai kejayaan tak sama.

Mungkin belajar dengan guru yang sama, tapi ikut cara masing-masing.
Yang penting usaha dan tak kenal erti penat dan sebagainya.
Insha Allah satu hari nanti kejayaan itu pasti dalam genggaman kita suatu hari nanti.


Sekian
Sariah Awang Senik

BERHARAP HANYA KEPADA ALLAH

Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Google http://sariahawangsenik.blogspot.com Sangat cepat masa berlalu. Sedar tak sedar uban makin...