Teks : Sariah Awang Senik
Setiap ibubapa pasti ingin melihat kehidupan anak-anaknya berjaya dan juga gembria di dalam mencapai impian dan juga cita-cita masing-masing. Namun sedarkah kita, masih banyak anak-anak yang hidupnya terbiar dan terabai tanpa kasih dan sayang seorang yang bernama ayah dan juga ibu. Melihat anak-anak membesar tanpa semua kasih dan sayang ibubapa amatlah menyedih dan menginsafkan kita. Anak-anak yang ada sekarang adalah anugerah dan amanah yang maha hebat dari Allah SWT. Sesunggahnya semasa anak-anak sedang membesar, mereka terlalu dahagakan segala perhatian kita sebagai ibubapa. Setiap detik masa dan juga waktu yang berlalu, anak-anak sering menagih perhatian dan kasih sayang daripada kita. Dan sedarkah kita di waktu inilah mereka menilai dan memerhatikan setiap langkah yang kita ambil semasa memainkan peranan sebagai ibu dan bapa.
Apabila masa berlalu, setelah semua anak-anak meningkat dewasa berjaya dan berkerjaya, mereka pula semakin menjauhkan diri daripada kita kerana kesibukan kerja dan juga hidup mereka. Usah terkejut andainya suatu masa nanti mereka semakin melupakan kita sebagai ibubapa. Andainya keadaan itu berlaku ingatlah kembali apa yang kita lakukan sebagai ibubapa terhadap mereka semasa anak-anak masih kecil dan sangat dahagakan kasih sayang kita sebagai ibubapa.
Semasa anak-anak masih kecil, kita ibubapa terlalu sibuk dengan kerja, tanggungjawab dan kehidupan serta rakan-rakan yang ada sehinggakan kita terlupa anak-anak yang ada di depan mata. Dan apabila anak-anak membesar giliran mereka pula melupakan kita kerana suatu waktu dahulu kita telah terlupa akan kewujudan mereka sebagai anak-anak kita.
Semua apa yang di nyatakan di atas boleh berubah dan dielakkan seandainya sekarang kita ibubapa semakin menghargai akan kewujudan mereka. Memang tugas dan tanggungjawab amat penting di dalam meningkatkan ekonomi rumahtangga namun anak-anak juga adalah aset kita ibubapa dunia dan akhirat. Apa yang perlu di lakukan sebagai ibubapa adalah berusaha memberi sepenuh perhatian dan kasih sayang kepada anak-anak. Walau sesibuk mana tugasan ibubapa anak-anak perlu di beri kasih sayang secukupnya.
Umpama menanam sebatang pokok dan juga tanam-tanamam kita haruslah memastikan semuanya lengkap contohnya: air, baja , sinaran cahaya matahari dan juga memastikan tiada serangga perosak mendekati segala tanam-tanaman kita.
Begitu jugalah dengan anak-anak yang ada di hadapan kita.
Mereka membesar dengan begitu cepat, sepantas masa yang berlalu. Jangan biarkan mereka anak-anak berada di dalam dunia mereka sendirian. Walaupun ada ibubapa yang telah berpisah namun itu semua bukanlah alasan kita sebagai ibubapa untuk melupakan anak-anak kita. Seorang ibubapa yang berpisah masih boleh menjadi sahabat dan meneruskan segala tanggungjawab masing-masing.
Hargailah anak-anak yang berada dengan kita sekarang. Senantiasa cuba memberikan sepenuh perhatian setiap masa dan waktu. Kasih sayang dan perhatian amat penting kepada kehidupan seorang kanak-kanak. Kerana semasa anak-anak di dalam process pembesaran, semasa inilah mereka sedang membentuk jatidiri dan keperibadian diri anak-anak tersebut. Kalau ibubapa lebih bersikap positif, beriman dan mempunyai semengat yang kuat menghadapi segala bentuk cabaran , insha Allah semua sifat-sifat ini akan tertanam di dalam diri anak-anak yang kita sangat sayangi ini.
Moga kita tidak akan pernah merasa lelah dan lemah di dalam mendidik anak-anak kita. Ingat anak-anak adalah anugerah dan amanah terbesar yang Allah telah berikan kepada kita. Hargai dan sayangilah anak-anak kita.
Coretan ini khas buat anak-anak tersayang Muhd Aiman Hakimi dan Nur Damia Rifqah. Tanpa kalian berdua, ibu tidak akan sekuat dan bersemengat seperti sekarang. Alhamdulilah terima kasih Allah SWT kerana telah anugerahkan permata terhebat di dalam kehidupan ibu mu ini.
Catatan Kasih Sayang Sariah Awang Senik.
---------------------------------------------------
SABUN MARRINE ESSENCE
Produk terbaik dan juga terhebat. Berkesan merawat semua masalah kulit.
Harga RM 107 . Ada 3 ketul di dalam 1 kotak.
Berminat boleh hubungi saya Sariah 019 4075634. Boleh sahaja pm saya untuk lebih maklumat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
AKHIRNYA
26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Peribadi http://www.facebook.com/sariahawangsenik Sunyi bila dia dah balik. Abahnya seti...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Google http://www.facebook.com/sariahawangsenik Ada sedikit getaran dihati ini. Bimbang sang syai...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Dari Group Telegram http:www.facebook.com/sariah.awangsenik Amboi! Bukan main lagi si ...
No comments:
Post a Comment