Semua ibubapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka dan berbangga dengan segala pencapaian anak-anak. Saya sendiri mempunyai 2 orang cahaya mata. Seorang lelaki dan seorang lagi perempuan. Yang lelaki bernama Muhamad Aiman Hakimi dan yang perempuan bernama Nur Damia Rifqah.
Yang perempuan seorang yang sangat periang, lasak dan juga peramah. Walaupun baru berumur hampir 9 tahun dia seorang yang bercita-cita tinggi. Anak dara yang seorang ini bercita-cita ingin menjadi seorang juruterbang. Memang saya tidak hairan dengan keputusannya sebab dia memang seorang yang tahan lasak. Setiap hari hampir keseluruhan masa saya, saya banyak habiskan waktu bersama-sama dengan Mia. Bila pulang sahaja dari sekolah...pasti ada sahaja cerita tentang sekolah...guru-guru dan juga kawan-kawan rapatnya. Dia pernah berkata kepada saya...tentang suatu hari guru sekolahnya bertanya kepadanya...apa cita-citanya apabila telah dewasa nanti.
Dia memberitahu guru tersebut yang cita-citanya ingin menjadi seorang juruterbang wanita yang dapat mengelilingi dunia dengan kapal terbang yang di pandunya sendiri. Kata gurunya..." Tingginya cita-cita awak Damia...yang lelaki pun tidak ada yang mempunyai cita-cita macam awak" kata Damia lagi..." Saya nak jadi lain daripada orang lain..tidak nak yang biasa-biasa ". Saya tersenyum mendengar kata-kata anak dara yang seorang ini. Dalam hati saya hendak tertawakan dia...tapi takut nanti hatinya terguris pula. Apa pun saya tetap berdoa kepada tuhan moga apa yang di cita-citakan oleh anak perempuan saya yang satu ini akan tercapai.
Walaupun kedua orang anak saya ...adalah anak-anak mangsa perceraian tetapi saya tidak pernah sisihkan mereka. Sebalik mencuba sebaik yang mungkin memahami hati dan perasaan mereka. Bagi diri saya..anak-anak adalah umpama sinar kebahagiaan di dalam kehidupan seorang ibu.
Selain daripada bercita-cita menjadi seorang juruterbang...Mia juga suka menghabiskan waktu santainya dengan membaca. Dia mempunyai koleksi buku ceritanya yang tersendiri. Selalunya banyak buku cerita nya mengisahkan tentang sains...kisah nabi dan juga khayalan. Sebenarnya minat membaca ini adalah hobi yang saya dan keluarga kongsikan bersama.
Dan tidak hairanlah di rumah mempunyai banyak buku-buku dan juga majalah.
Yang selalu menceriakan suasana di rumah adalah mendengar segala cerita daripada anak dara saya Mia. Rasanya kalau dia tidak ada di rumah akan sunyi sepi lah kehidupan kami sekeluarga.
Kepada Nur Damia Rifqah ibu doakan moga segala cita-citamu akan tercapai insha Allah suatu hari nanti. Jikalau telah berjaya janganlah lupa segala pengorbanan ibu dan juga kasih sayang ibu.
Coretan Ikhlas Dari Sariah Awang Senik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
AKHIRNYA
26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Peribadi http://www.facebook.com/sariahawangsenik Sunyi bila dia dah balik. Abahnya seti...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Google http://www.facebook.com/sariahawangsenik Ada sedikit getaran dihati ini. Bimbang sang syai...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Dari Group Telegram http:www.facebook.com/sariah.awangsenik Amboi! Bukan main lagi si ...
No comments:
Post a Comment