Sebenarnya sebuah kehidupan ini terlalu indah dengan warna-warnanya yang tersendiri. Walaupun kehidupan itu terlalu derita dan penuh dengan kesenggsaraan namun ketahuilah ianya terlalu indah sebenarnya. Semenjak di lahirkan hinggalah ke saat di mana kita akan di jemput Allah SWT kita haruslah bersyukur dengan apa yang kita harungi sekarang. Belajarlah untuk lebih menghargai di antara satu sama yang lain. Lihat di sekeliling kita bertapa banyak perkara yang kita terlepas pandang. Di kala kita sedang asyik dengan masalah yang kita alami dan berjuang dengan perasaan sendiri kita leka terlalu banyak hamba-hamba Allah yang lain yang ketandusan pertolongan dan doa dari kita di sini.
Kita terlalu bertuah di lahirkan di bumi yang bertuah ini. Di sebuah negara yang sedang pesat membangun dan juga di sebuah negara yang bebas bersuara apa sahaja ketidakpuasan hati masing-masing. Tetapi kita tidak pernah rasa cukup dan bersyukur dengan apa yang kita kecapi sekarang. Di luar sana terlalu ramai yang cemburu dengan ke amanan yang kita miliki sekarang. Kita dapat hidup bersama-sama dan membina kehidupan masing-masing walau berlainan pangkat, agama , bangsa dan warna kulit. Di ruangan alam maya ini juga terlalu ramai yang cuba untuk memecah belahkan sesama kita. Agaknya kita lupa akan perjuangan insan-insan mulia dan juga para pejuang negara kita. Bertapa sukarnya mereka hingga sanggup mengorbankan nyawa masing-masing demi sebuah kemerdekaan dan juga ke amanan.
Seharusnya sebagai generasi yang baru , peliharalah dan kekalkanlah segala ke amanan dan juga kebebasan yang kita miliki sekarang. Walau terlalu banyak fahaman politik tetapi kita masih tinggal di bawah satu bumbung. Perbezaan di antara kita memang terlalu banyak tetapi jangan biarkan sesiapa pun menodai ke amanan di negara yang kita sayangi ini. Bukan bertujuan untuk menjadi seorang ahli politik tetapi merasa bertanggungjawab dan juga ingatan pada diri sendiri juga mengekalkan dan menghargai apa yang kita miliki sekarang.
Ingat perjuangan ini belum selesai. Jangan biarkan pun sesiapa pun menceroboh dan menawan negara yang kita sayangi ini. Hargailah kenikmatan yang kita dapat hasil dari perjuangan insan-insan yang mulia dan juga tokoh-tokoh negara. Kita patut ambil pengajaran dari negara-negara yang sedang bergolak sekarang. Yang hampir berpuluh tahun lama berperang demi sebuah kemerdekaan. Ayuh marilah bersama-sama kita berganding bahu dan bersatu hati untuk kekalkan apa yang kita miliki sekarang. Lupakan segala perbezaan fahaman politik dan berjuanglah untuk memelihara negara yang paling kita cintai ini. Moga kita terus bersatu hati untuk mengekalkannya.
Amin....Insha Allah.
Ikhlas dari Sariah Awang Senik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
AKHIRNYA
26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Peribadi http://www.facebook.com/sariahawangsenik Sunyi bila dia dah balik. Abahnya seti...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Google http://www.facebook.com/sariahawangsenik Ada sedikit getaran dihati ini. Bimbang sang syai...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Dari Group Telegram http:www.facebook.com/sariah.awangsenik Amboi! Bukan main lagi si ...
No comments:
Post a Comment