Teks ; Sariah Awang Senik
Assalamulakum, bersyukur sangat di pagi Jumaat yang hening dan damai ini kerana masih di beri peluang untuk bernafas dan juga menjalankan segala tanggungjawab dan aktiviti harian sesempurna yang mungkin. Selain menguruskan rumahtangga dan anak-anak ada juga tanggungjawab yang penting yang kebiasaan nya di lakukan di pagi Jumaat ini. Selain hubungan sesama manusia, hubungan dengan Allah juga haruslah di dekatkan lagi.
Menjadi kebiasaan dan juga amalan untuk senantiasa mengamalkan zikir dan apa sahaja solat sunat selain daripada solat wajib 5 waktu. Terasa sangat kedamaiannya setelah selesai mengerjakannya dengan penuh tulus dan ikhlas kepada yang satu. Sejak kebelakangan ini cuaca memang agak luar biasa. Kalau dahulu kalau hujan berterusan di dalam 2 atau 3 hari barulah terasa kesejukannya, kini tidak lagi. Kekadang hujan hanya turun di sebelah petangnya, dan kesejukannya terasa hingga ke tulang hitam.
Sudah 3 hari sejuk nya semacam. Di waktu malam pula tidur pun tidak payah menggunakan kipas angin lagi. Anak yang perempuan pun selalu berpesan, tidak perlu pasang kipas lagi sebab memang sudah sejuk. Itulah perubahan cuaca yang berlaku di bumi Allah yang bertuah ini. Sama ada membawa kebaikan ataupun sebaliknya, hanya dia yang maha mengetahui. Berbagai ramalan yang telah di buat oleh para saintis tentang kemungkinan negara kita Malaysia berkemungkinan akan lari dari paksi Khatulistiwanya. Pada tahun 2015, negara Malaysia akan berubah cuacanya menjadi sejuk membeku dan sekarang paksinya sedikit demi sedikit. Sama ada benar ataupun tidak hanya Allah maha mengetahui.
Apa pun yang bakal terjadi, sama-sama kita berdoa semoga ianya tidak mendatangkan keburukan kepada negara kita Malaysia. Walaupun berada di dalam keadaan sejuk yang teramat sangat, segala aktiviti dan tanggungjawab berjalan seperti biasa. Semasa saya sedang menulis catatan ini juga, kesejukannya amat terasa. Jam hampir pukul 10.47am tapi terasa sejuk macam di awal pagi. Dugaan yang selalu menduga saya sejak 2 atau 3 hari ini ialah untuk bangun solat subuh dengan keadaan yang teramat sejuk. Bayangkan saya perlu mandi pagi dan kemudiannya mengambil wuduk. Selalu saya memaksa diri melawan semuanya demi tanggungjawab pada yang satu. Sedar dan redha ini adalah sebahagian daripada dugaan walaupun nampak amat mudah sekali.
Aktiviti harian saya berjalan seperti biasa walaupun berada di dalam keadaan yang sejuk dan nyaman ini. Sebelah pagi selepas menghantar anak perempuan ke sekolah, saya akan selesaikan urusan rumahtangga seperti mengemas dan juga membasuh kain baju. Selepas bersarapan saya akan mengadap laptop dan handphone untuk melihat perkembangan terbaru mengenai perniagaan online saya. Walaupun untungnya tidak seberapa saya nekad untuk meneruskan semuanya ini dan percaya suatu hari nanti akan berjaya juga.
Semoga apa yang saya rancangkan akan berjalan dengan lancar dan dengan jayanya. Di mana ada kemahuan di situ adalah jalannya. Marilah kita bersama-sama berusaha demi menuju kejayaan yang satu ini, insha Allah.
Nukilan Rasa, Sariah Awang Senik
------------------------------------------------------------------------------------
Kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti kursus penulisan blog, dan juga Fanpage secara online boleh lah menghubungi Anys Idayu Zakaria di no 017 7912993 untuk maklumat lanjut. Terbuka juga kepada yang ingin menambah pendapatan sampingan di rumah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
AKHIRNYA
26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Peribadi http://www.facebook.com/sariahawangsenik Sunyi bila dia dah balik. Abahnya seti...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Google http://www.facebook.com/sariahawangsenik Ada sedikit getaran dihati ini. Bimbang sang syai...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Dari Group Telegram http:www.facebook.com/sariah.awangsenik Amboi! Bukan main lagi si ...
No comments:
Post a Comment