Friday, 17 January 2014

ANAK-ANAK CAHAYA KEHIDUPAN

Anak-anak adalah amanah Allah yang teramat berharga dan tidak boleh di gantikan dengan wang ringgit atau apa sahaja di dunia ini. Bagi diri saya , saya mempunyai 2 orang cahaya mata yang terlalu amat saya sayangi. Mereka kekuatan saya dan saya sanggup melakukan apa sahaja demi  kebahagiaan mereka. Walau apa sahaja dugaan dan rintangan yang mendatang saya tetap akan tabah mengharunginya.

Kekuatan saya adalah anak-anak. Mereka ialah Muhamad Aiman Hakimi dan Nur Damia Rifqah. Sebenarnya saya mempunyai seorang lagi cahaya mata tetapi telah lama meninggal dunia semasa berumur 3 tahun lebih. Dan jikalau dia masih hidup sekarang dia telahpun berumur 18 tahun , namanya ialah Siti Nur Balqis. Dia menderita kesakitan semasa sejak lahir lagi.

Untuk pengetahunan semua saya sanggup ketepikan semua hanya semata-mata anak-anak saya. Terlalu banyak episode kedukaan di dalam kehidupan saya. Dan alhamdulilah berkat doa yang tidak putus-putus saya berjaya juga menghadapinya. Percayalah kenikmatan dan kebahagiaan selepas melalui semua rintangan ini  terlalu bermakna bagi saya.

Kedua-dua orang cahaya mata saya amat memahami apa yang berlaku di dalam kehidupan saya. Semua yang terjadi langsung tidak melemahkan mereka berdua untuk meneruskan kehidupan seharian. Kepada mereka saya sering berpesan supaya belajarlah rajin-rajin dan bersabar di dalam menghadapi dugaan yang mendatang.

Kepada Allah SWT  saya sering berdoa moga senantiasa di beri kekuatan dan keimanan yang kuat. Kekadang hanya kepada yang maha esa tempat saya bergantung. Kegembriaan dan kebahagiaan adalah kekuatan saya yang maha hebat. Apabila mereka berdua bahagia maka gembria dan begitulah juga sebaliknya.

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...