Melihat perkembangan anak-anak di dalam sesuatu bidang yang mereka minati amat membanggakan kita sebagai ibubapa. Kita sedia maklum di sekolah terdapat pelbagai aktiviti dan persatuan juga sukan. Tentu anak-anak kita merasa teruja untuk memasuki persatuan dan juga kelab sukan yang mereka minati.
Anak-anak kita akan terlibat dengan aktiviti kokurikulam apabila mereka memasuki darjah 3 ataupun 4 bergantung kepada sekolah tersebut. Apa pun kita sebagai ibubapa tidak boleh terlalu memaksa anak-anak memasuki persatuan ataupun kelab yang mereka tidak minati. Lihatlah kecendurungan anak-anak di dalam sesuatu bidang yang mereka minati.
Di sini ada sedikit panduan yang dapat saya kongsikan bersama dengan ibubapa di luar sana. Apa yang penting jangan memaksa anak-anak memasuki persatuan ataupun aktiviti yang langsung anak-anak tidak suka.
Antara panduan tersebut adalah :
- Lihat minat anak-anak di dalam sesuatu bidang contohnya ; buku, sukan, haiwan dan sebagainya.
- Apa impian dan juga cita-cita anak-anak..contohnya, bercita-cita ingin menjadi juruterbang, doktor, peguam dan cubalah galakkan anak-anak memasuki bidang yang hampir dengannya.
- Lihat tingkah laku anak-anak bersama-sama dengan rakan-rakan sebaya mereka. Adakah dia seorang yang peramah, pendiam ataupun sebaliknya.
- Tanya anak-anak apa yang mereka inginkan di dalam kehidupan seharian mereka di sekolah.
- Apa idola anak-anak kita....contohnya anak-anak kita kagum dengan seseorang penyanyi ataupun seorang perdana menteri.
- Biarkan anak-anak kita membuat keputusan sendiri...dan sekaligus berani menghadapi segala cabaran di masa hadapan.
Semua panduan di atas adalah amat berguna di dalam menggalakkan anak-anak kita memasuki bidang yang mereka minati. Selalunya guru-guru di sekolah sudah membuat penilaian terhadap murid-murid apa bentuk aktiviti ataupun persatuan yang sesuai untuk anak-anak kita. Namun sebagai ibubapa kita juga tidak boleh memandang ringan apa bidang yang harus di ceburi oleh anak-anak kita. Baru beberapa hari yang lepas iaitu pada hari Rabu anak perempuan saya terlibat dengan aktiviti kokurikulum di sekolah.
Ini adalah tahun pertama dia melibatkan diri di dalam aktiviti persatuan di sekolahnya. Saya sangat bangga semengat dan juga keyakinan yang dia tunjukkan kepada saya. Anak saya yakin yang dia dapat memasuki Pasukan Pengakap...saya berkata padanya...jangan terlalu yakin. Selalunya semua perkara tersebut telah ditetapkan oleh para guru di sekolah.
Namun sangkaan saya meleset. Di sebelah petangnya dia pulang ke rumah dengan perasaan yang gembria sekali. Dia berkata yang dia telah berjaya memasuki Pasukan Pengakap. Apa pun saya sangat bangga dengan pencapaiannya di sekolah setakat ini. Suatu hari nanti dia juga menjadi murid-murid yang cemerlang di sekolahnya.
Moga segala impiannya menjadi kenyataan suatu hari nanti. Insha Allah.
Sekian...Sariah Awang Senik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
AKHIRNYA
26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Peribadi http://www.facebook.com/sariahawangsenik Sunyi bila dia dah balik. Abahnya seti...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Google http://www.facebook.com/sariahawangsenik Ada sedikit getaran dihati ini. Bimbang sang syai...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Dari Group Telegram http:www.facebook.com/sariah.awangsenik Amboi! Bukan main lagi si ...
No comments:
Post a Comment