Thursday, 23 January 2014
BANTUAN MURID 1MALAYSIA
Teks: Sariah Awang Senik
Tentu semua kita sudah sedia maklum yang bantuan ini selalunya di berikan semua murid-murid yang sedang bersekolah sama ada di sekolah rendah ataupun menengah. Apa pun pagi ini Majlis Penyerahan Bantuan Rm100 tersebut di adakan secara rasmi di sekolah anak saya Nur Damia Rifqah yang sedang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Hulu Bernam Selangor Darul Ehsan. Sekolah ini terletak di sebuah kawasan kampung yang teramat sederhana. Dan yang menariknya tentang sekolah ini ialah ianya tidak mempunyai padang nya sendiri seperti sekolah-sekolah yang lain. Namun itu bukanlah bermakna murid-murid yang belajar dan bersekolah di sini tidak aktif di dalam bidang sukan. Kebiasaan nya setiap kali ada sukan ataupun pasti guru-guru akan mengadakan sukan tersebut bersebelahan dengan sekolah rendah agama yang berdekatan dengan kampung Baru 'A'.
Semasa mendengar upacara perasmian oleh Datuk Rosni Sohar , beliau mencadangkan kepada kementerian untuk memindahkan sekolah ini kepada suatu tempat yang sesuai yang mempunyai segala kemudahan asas seperti padang permainan dan juga kemudahan yang lain. Saya selaku ibu, merasa amat teruja mendengarnya. Namun saya tidak pasti bila ianya akan di laksanakannya. Apa pun saya berdoa moga anak saya Nur Damia Rofqah masih bersekolah di sekolah ini apabila ianya berpindah nanti. Untuk pengetahunan semua , kedua-dua anak saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Hulu Bernam ini. Abang nya pernah mendapat keputusan UPSR iaitu 3A 2B semasa bersekolah di sini dan pada tahun tersebut adalah tahun teramai murid-murid seramai 12 orang yang memprolehi 5A .
Sekarang abangnya sedang bersekolah di Sekolah Agama Menengah Sg Selisik.
Memang bantuan yang diberikan tidaklah sebanyak mana, namun cukup dapat meringankan sedikit bebanan kaum ibubapa. Saya bercadang menggunakan wang tersebut untuk melengkapkan uniform sekolah anak saya Damia. Tahun ini uniformnya terpaksa bertukar kerana telah menjadi seorang pangawas perpustakaan.
Uniformnya adalah kain berwarna biru yang berselisih di belakang, baju kemeja berwarna putih dan vest berwarna unggu gelap. Saya masih tidak dapat membayangkan bagaimanalah agaknya rupa anak dara yang seorang ini.
Sebenarnya saya teramat bersyukur dengan bantuan yang di berikan. Damia juga mendapat bantuan pelajar miskin iaitu KWAMP. Tetapi saya tidak pasti bila dia akan mendapat wang tersebut. Abangnya juga memprolehi biasiswa juga pada tahun ini.
Walau pada peringkat awal persekolahan agak banyak juga wang di habiskan, namun di pertengahan dan awal bulan Januari ini ada sedikit bantuan yang dapat meringankan sedikit beban yang saya tanggung.
Bagi diri saya segala apa yang di prolehi sepanjang bergelar warga negara Malaysia amat di hargai. Keamanan dan kedamaian dan bebas bergerak dan juga bersuara tidak dapat kita kecapi di negara-negara yang lain yang mana sedang sibuk berperang sana dan sini. Apa lagi yang kita inginkan lagi ?
Kesimpulannya setelah habis penyerahan wang RM 100 ini ramai di kalangan ibubapa menarik nafas lega. Terpulanglah kepada ibubapa sama ada wang tersebut di simpan ataupun membeli barang sekolah yang masih tidak mencukupi. Semoga bantuan ini diteruskan sampai bila-bila kerana bukan semua ibubapa berpendapatan tinggi.
Sekian Sariah Awang Senik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
AKHIRNYA
26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Peribadi http://www.facebook.com/sariahawangsenik Sunyi bila dia dah balik. Abahnya seti...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Google http://www.facebook.com/sariahawangsenik Ada sedikit getaran dihati ini. Bimbang sang syai...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Dari Group Telegram http:www.facebook.com/sariah.awangsenik Amboi! Bukan main lagi si ...
No comments:
Post a Comment