Assalamulaikum....Dan Selamat Pagi,
Anak-anak adalah anugerah Allah dan juga amanah kepada kita untuk kita menjaga, membesarkan dan mendidik mereka dengan didikan agama yang sempurna. Semakin anak-anak membesar cabaran membesar dan memdidiknya juga berlainan dari semasa ke semasa. Saya sendiri mempunyai dua orang cahaya mata yang sedang meningkat remaja. Saya akui cabaran mendidik dan membesarkan anak-anak di zaman yang serba it terlalu hebat cabaran dan dugaan.
Namun saya bersyukur kerana kedua orang cahaya mata seronok pergi ke sekolah dan bertemu dan juga bermain dengan kawan-kawannya. Kedua orang anak saya mempunyai ramai kawan-kawan di sekolah. Hampir setiap hari ada sahaja cerita menarik yang di kongsikan bersama-sama dengan saya. Walaupun saya sebagai ibu tidak begitu mengenali hampir kesemua rakan-rakannya...namun saya tetap mendengarnya dengan penuh minat. Kekadang dia berselisih faham dengan kawannya. Tetapi sudah menjadi kebiasaan nya...mereka hanya bergaduh sekejap sahaja. Begitulah tingkah laku seorang kanak-kanak.
Sejak kecil...anak-anak saya tidak mempunyai masalah untuk ke sekolah. Si adik yang berumur hampir 9 tahun sejak dari tadika selalu dan ingin cepat ke sekolah. Mungkin sebab terpengaruh dengan sikap abangnya yang selalu sibuk dengan aktiviti sekolah membuatkan si adik bosan duduk di rumah tanpa adanya si abang. Dia memasuki alam persekolahan si awal umur 3 tahun. Dan bersekolah di Tadika Pasti di kawasan perumahan yang saya duduki. Sebagai seorang ibu saya sangat berpuas hati dengan cara didikan dan juga pembelajaran di tadikan Pasti tersebut. Cara pendidikan yang banyak berunsur Islan sangat menarik minat saya sebagai seorang ibu.
Antara tips supaya anak-anak kekal berminat ke sekolah ialah:
- Banyakkan bercerita tentang suasana sekolah yang cantik dan juga kelas-kelasnya yang menarik.
- Ceritakan juga apa kepentingan ke sekolah dan kenapa anak-anak harus dan mesti ke sekolah.
- Jikalau boleh hantar anak-anak sampai ke kelas dan cubalah berkenalan dengan rakan-rakannya walaupun tidak ramai.
- Sebelum pergi ke sekolah, biasakan anak-anak bersarapan terlebih dahulu. Selalu membiarkan anak-anak ke sekolah dengan perut menyukarkan dia menerima sesuatu pelajaran.
- Pastikan anak-anak ke sekolah dengan keadaan yang gembria dan bersemangat ke sekolah. Kalau boleh cubalah berjenaka sedikit dengan mereka.
- Pastikan anak-anak kenal siapa guru kelasnya. Kalau perlu cubalah berkenalan dengan guru kelas supaya jikalau ada apa-apa masalah yang timbul kekal dapat di selesaikan dengan baik.
-Sebelum meninggalkan anak-anak di sekolah biasakan anak-anak bersalam dan kalau boleh peluk dan ciumlah anak-anak. Jadikan tabiat ini suatu kebiasaan walaupun anak-anak telah meningkat remaja.
- Jangan malu untuk berkata kepada anak-anak yang kita sebagai ibubapa bangga dengan segala pencapaian mereka.
- Senantiasa bersedia mendengar cerita anak-anak tentang sekolah, guru-guru, mata pelajaran, kawan-kawan dan juga segala-gala mengenai sekolah dan juga rakan-rakannya.
- Galakkan anak-anak memasuki persatuan dan juga sukan yang mereka minati.
- Jangan memaksa anak-anak buat apa yang mereka tidak suka.
- Dan yang terakhir.....selalulah berkata kepada anak-anak yang kita sebagai ibu dan juga sayangkan anak-anak.
Ini adalah tips yang saya selalu amalkan supaya memastikan anak-anak berminat dan suka ke sekolah. Sebagai ibu saya akui ada kalanya berdepan juga dengan masalah-masalah lain yang tidak dapat saya elakkan contohnya....deman, mengantuk, letih dan bermacam-macam lagi
Walau apa juga bentuk dan cabaran ...pastikan kita sebagai ibu dan juga meluangkan lebih masa bersama-sama dengan anak-anak kita terutama dengan anak-anak yang sedang meningkat remaja. Kenali siapa kawan-kawan mereka....kemana anak-anak kita pergi dan pukul berapa mereka pulang ke rumah. Jadikan anak-anak sebagai teman rapat kita yang boleh berkongsi segala masalah. Pastikan mereka tahu yang kita sebagai ibu dan dan juga bapa sangat sayangkan mereka.
Itulah sahaja tips yang dapat saya berkongsi dengan anda semua di luar sana. Mungkin ada lagi tips yang boleh anda semua berikan saya juga sudi mendengarnya.
Semoga kita semua akan menjadi ibubapa yang baik kepada semua anak-anak kita.
Amin...insha Allah.
Sekian...Sariah Awang Senik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
AKHIRNYA
26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Peribadi http://www.facebook.com/sariahawangsenik Sunyi bila dia dah balik. Abahnya seti...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Google http://www.facebook.com/sariahawangsenik Ada sedikit getaran dihati ini. Bimbang sang syai...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Dari Group Telegram http:www.facebook.com/sariah.awangsenik Amboi! Bukan main lagi si ...
No comments:
Post a Comment