Sunday, 5 January 2014

Kerja

Kekadang rasa bosan jugak nak buat kerja ini. Tapi ini adalah tanggungjawab aku dan juga tempat aku mencari rezeki selama hampir 10 tahun. Setiap  kali aku memulakan tugasan aku, aku berusaha untuk untuk melakukan dengan niat yang baik dan tanpa ada rasa terpaksa di dalam menyelesaikan sesuatu tugasan. Apa sahaja rintangan dan masalah aku usaha selesaikanmya secara rasional.

Namun kekadang kita hanya pandai berkata-kata tapi agak.sukar melakukan. Apa pun sejak dari pukul 3 petang sampailah lewat pelbagai macam ragam manusia yang aku lihat. Ada yang sombong, cerewet, tidak kurang juga golongan yang memandang rendah kebolehan seseorang yang lain.

Aku bersyukur aku dapat selesaikan semua tugasan aku dengan baik. Walau terlalu banyak masalah dan dugaan aku harus kuat dan tabah mengharungi. Dan yang pasti aku akan dapat menghadapi semua rintangan demi orang orang yang aku sayang.

Tulus Ikhlas Dari, Sariah awang senik

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...