Hati seorang yang bernama manusia terlalu amat kompleks. Ada yang putih suci dan bersih dan tidak kurang juga yang hitam malah tiada langsung titik putih di hati tersebut. Ada yang sanggup melakuka apa sahaja demi memuaskan hati-hati masing. Semuanya selalu terdorong oleh nafsu dan dendam yang tidak pernah pudar dan hilang.
Kerana nafsu dan dendam seorang manusia sanggup berbuat apa sahaja. Walau pun nyawa jadi taruhan dan juga sanggup melihat sesama manusia benci antara satu sama lain. Disebabkan hati yang penuh rasa benci, dendam dan sebagainya ada keluarga yang hidup berpecah belah. Kenyataannya kerana nafsu dan dendam hidup seluruh umat manusia menjadi tidak tentu arah.
Lihat sahaja di persekitaran kita. Terlalu ramai insan yang tidak berdosa yang terpaksa meneruskan kehidupan akibat daripada perasaan benci, dendam dan juga nafsu serakah. Terdapat ramai kanak-kanak yang menderita disebabkan permasalahan perceraian yang meninggal dunia akibat peperangan dan juga yang menjadi mangsa pembunuhan.
Sesungguhnya inilah akibatnya jika hati kita telah terlalu banyak terpengaruh oleh perasaan dendam dan penuh dengan nafsu. Dan kenyataannya agak terlalu payah untuk melupakan semuanya kerana diri kita telah di sakiti dan di khianati selama hampir bertahun tahun. Terlalu sukar bukan. Apa pun apalah kebaikannya jika jiwa kita penuh dengan rasa dendam dan juga nafsu...adakah ianya menguntungkan kehidupan kita atau adakah ianya membuatkan harta dan amalan kita bertambah...tentu sekali tidak bukan .
Jika ingin hidup bahagia belajarlah membahagiakan diri sendiri dan juga keluarga yang lain. Dan bukan dengan memusnahkan kehidupan insan yang lain. Belajar lah untuk memaafkan orang lain walaupun hati dan perasaan kita telah dilukai. Percayalah tiada guna menyimpan perasaan marah dan dendam kerana ianya umpama barah yang berada di dalam hati kita.
Kehidupan umpama sebuah lukisan yang penuh dengan warna warni yang tersendiri dan pelukisnya adalah diri kita sendiri. Andai mahu nampak cantik lukisan tersebut warnailah ia dengan warna warna yang menarik dan kalaupun tidak biarkanlah ia kosong begitu sahaja.
Kebahagiaan datang setelah kita melalui pelbagai ranjau penderitaan di dalam kehidupan kita dan kenikmatannya hanya Allah SWT sahaja yang maha mengetahuinya.
Oleh itu bersihkan lah diri dan hati kita daripada semua rasa dendam dan marah. Ikhlaskanlah segala permasalah yang datang dan berjuanglah menghadapi semua nya tiap hari.
Andai masih rasa marah, benci dan rasa nafsu yang tidak bertepi ...kembalilah dan dekatkan diri selalu dengan yang maha kuasa. Hanya dia tempat kita memohon pertolongan dan kasihan dan dengan sebab itulah kita senantiasa diuji dan di duga untuk mengukur setinggi mana keimanan kita kepada yang maha esa.
Ingat tiada yang maha berkuasa selain daripada Allah SWT. Amin....
Nukilan Ikhlas Dari
Sariah Awang Senik
No comments:
Post a Comment