Sebenarnya hampir beberapa kali saya cuba untuk menulis sesuatu tapi tidak kesampaian kerana seringkali diganggu oleh tugasan tetap saya. Walaupun sekarang saya sedang bekerja dan ada sedikit masa terluang saya tidak mahu mensia-siakannya. Apa pun saya perlu menggunakan masa yang ada untuk selesaikan segala tugasan yang di beri.
Bagi saya erti sebuah kebahagiaan amat bermakna dan tiada nilainya di dalam kehidupan seseorang insan. Apa sahaja penderitaan yang mendatang saya tidak pernah menyesal di atas apa yang terjadi. Setiap mendung hitam yang hadir pasti akan jua hilang dan akan terbitlah sinar sang suria di dalam kehidupan ini. Kebahagiaan bukan bergantung pada berapa banyaknya harta seseorang ataupun pangkatnya namun semuanya terletak pada bertapa ikhlasnya kita menerima sesuatu dugaan dan cabaran di dalam kehidupan yang bersifat sementara ini.
Segala apa yang terjadi telah banyak memberikan banyak pengajaran di dalam kehidupan.saya seharian. Akan tetapi saya tidak pernah gentar untuk menghadapi segala kepayahan sebab yakin setiap apa yang berlaku ada hikmahnya yang tersendiri. Berdoa moga segala yang berlaku dapat dihadapi dengan penuh keikhlasan dan juga keimanan.
Setelah berjaya melalui hampir setiap episode kedukaan..semakin terasa kenikmatannya hasil dari sebuah keikhlasan di setiap apa yang berlaku.
Sekarang saya hanya ingin kehidupan dengan cara saya tersendiri. Hanya anak-anak dan keluarga adalah nadi dan sinar kehidupan ini.
No comments:
Post a Comment