Friday, 10 January 2014

PERCERAIAN

Assalamulaikum, semoga semuanya sihat dan dirahmati Allah SWT selalu. Mungkin tajuk yang tertera di atas adalah suatu igauan atau mimpi buruk kepada semua para isteri dan juga seorang ibu. Kekadang kita tidak menyangka akan di uji sedemikian rupa. Percaya lah semua para isteri dan juga seorang perempuan selalu bermimpikan rumahtangga bahagia bersama-sama dengan seorang suami yang penyayang dan bersedia menerima apa sahaja kelemahan seorang isteri.
Namun tidak semua yang kita impikan akan menjadi kenyataan. Kekadang kita berfikir kita telah melakukan tugas kita sebagai isteri sehabis baik tetapi sedarkah kita , kita juga manusia biasa yang selalu leka dengan apa yang kita miliki. Dan sekali kesilapan kita dan kelemahan di jadikan sebagai suatu alasan besar bagi seorang suami untuk begitu mudah beralih kasih dan sayang sekaligus melupakan semua kebaikan dan segala pengorbanan kita sebagai seorang isteri....dan hukuman bagi isteri adalah perceraian. Bagi pandangan suami perceraian adalah jalan terbaik bagi segala kekusutan namun sebenarnya ianya mendatangkan impak yang besar kepada seorang isteri dan akibat terbesar adalah anak-anak. Apalah daya seorang isteri yang juga seorang  perempuan untuk mempertahankan diri kerana talak terletak di tangan seorang suami. 

Sama ada si isteri setuju ataupun tidak kehendak seorang suami  ..rumahtangga yang terbina akan terlerai jua. Memang kenyataan perceraian itu terlalu perit. Ada perceraian yang membawa kebaikan tetapi tidak kurang juga yang membawa keburukan. Hakikatnya perceraian itu terlalu amat pedih dan terseksa sebenarnya. Risikonya adalah anak-anak. Mereka yang lebih menderita sebenarnya. Jikalau selepas bercerai si suami dan si isteri masih boleh duduk berbincang tentang anak-anak mungkin kesannya tidak terlalu ketara kepada anak-anak. Tetapi jikalau sebaliknya..sama ada anak-anak ataupun si isteri pasti akan mengambil masa yang agak lama untuk membina kembali semengat dan juga keyakinan diri untuk meneruskan kembali kehidupan mereka. Apa pun yang terjadi seorang isteri itu tidak boleh terlalu lama bersedih dan murung. Ingat kita punya kehidupan tersendiri selain daripada bekas suami. Anak-anak adalah kekuatan seorang isteri dan juga ibu.

Biarkan sahaja perceraian itu berlalu dengan sendirinya. Usah terlalu bersedih memikirkan nasib diri. Kita bernasib baik di negara kita sendiri golongan ibu tunggal senantiasa mendapat perhatian. Sudah terlalu banyak bantuan dan sokongan kerajaan untuk golongan ibu tunggal. Sebagai seorang ibu tunggal kita perlu menjadi seorang ayah dan juga ibu sekaligus. Apa yang terjadi bukanlah impian seorang yang bergelar isteri dan ibu. Semua nya telah di takdirkan Allah SWT. Belajar untuk menerima semuanya dengan hati yang tulus dan ikhlas. Beri sedikit masa kepada diri dan anak-anak untuk menyesuaikan diri. Memang segala-gala bukan mudah tetapi kehidupan perlu diteruskan. Terangkan kepada anak-anak situasi yang sebenar. Berikan sedikit masa kepada anak-anak untuk  memahami apa yang berlaku. Jangan terlalu memaksa anak-anak menerima semuanya di dalam suatu masa jangka yang pendek. 

Elakkan menanam perasaan benci anak-anak kepada ayah mereka sendiri. Biarkan anak-anak menilai sendiri apa yang terjadi. Bertanya kepada anak-anak apa pendapat mereka dan juga apa perasaan mereka. Selalulah meluangkan masa bersama dengan anak-anak. Jangan menghalang anak-anak untuk berjumpa dengan ayah mereka sendiri. Tidak kira ayah mereka ingat ataupun tidak kepada anak-anak mereka terpulang. Apa yang penting kita sebagai ibu telah menjalankan tanggungjawab kita sebaik yang mungkin. Dan yang terakhir belajar daripada kesilapan. Lebih baik kita sedar tentang kesilapan dan kelemahan kita terlebih dahulu. Jangan salahkan orang lain apa yang telah terjadi di dalam kehidupan kita.

Bersyukurlah apa yang kita miliki sekarang. Kadang-kadang apa yang kita minta itu belum tentu yang terbaik untuk kita. Dan kekadang apa yang terjadi itulah jalan yang terbaik untuk kita.
Perceraian mungkin adalah masa bagi kita untuk memperbaiki segala kesilapan dan juga kelemahan diri sendiri. Cuba lah untuk hidup gembria walaupun hakikatnya teramat pedih.  Dan yang terakhir jangan berputus asa apa yang telah terjadi.....setiap apa yang berlaku pasti akan ada hikmah yang tersembunyi.


Sekian Dari Sariah Awang Senik

AJAIBNYA SEDEKAH

Teks : Sariah Awang Senik Sumber :Koleksi Peribadi Http://sariahawangsenik.blogspot.com Syukur dalam dua atau tiga hari ini, hujan turu...