Saturday 28 September 2019

AKU MELANGKAH LAGI


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


AKU MELANGKAH LAGI

Pagi ini
Aku melangkah lagi menyusuri
jalan ini
Aku melangkah lagi dengan segunung
harapan
Aku melangkah lagi demi insan-insan tersayang agar mereka tidak akan rasa segala kekurangan

Pagi ini
Aku melangkah demi satu cinta dan cita
yang pernah terbiar sepi
Aku melangkah berbekalkan naskah pengalaman nan lalu
Aku melangkah dan terus belajar dan mengejar bahagia di sana nanti
Aku melangkah lagi walau tiada yang peduli

Pagi ini
Aku melangkah dan yakin perjuangan ini
bakal sampai ke penghujungnya
Aku melangkah dan tahu maha pencipta menunggu aku di sana
Aku melangkah dan meraih kejayaan demi kejayaan

Pagi ini
Aku melangkah walau tahu pernah berada dalam penjara kekurangan
Aku melangkah dan membina kesempurnaan demi sebuah puncak kejayaan

Pagi ini
Aku melangkah dan pecahkan segala tembok yang menghalang
Aku melangkah dan tidak akan peduli lagi akan segala kata dan nista
Aku melangkah dan aku tahu tuhan yang selalu ada dan senantiasa setia bersama
hingga ke akhir nafas ini.

Hasil Nukilan
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...