Thursday 25 October 2018

ADAKAH AKU IBU YANG TERBAIK?



Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Segalanya bukan mudah.
Apa juga yang telah terjadi diluar kemampuan fikiran.
Dan semua yang terjadi langsung tidak terlintas dan termimpi di fikiran ini.

Tanyalah mana-mana wanita, tiada yang mahu bergelar seorang janda atau ibu tunggal.
Semua wanita impikan rumahtangga bahagia, hinggalah ke jannah.
Apa pun kita hanya merancang dan tuhanlah yang menentukan segalanya.

Perpisahan ini walau pada awalnya tanpa rela, tapi usaha sedaya upaya untuk terima dengan hati yang redha.

Namum jodoh dan ajal semua telah Allah tentukan.
Rumahtangga yang dibina atas dasar cinta, akhirnya punah-ranah begitu sahaja.
Perlahan-laham berusaha memujuk diri ini untuk redha atas segala ketentuan.

Tiada guna salahkan sesiapa, hanya berusaha membina kembali sebuah kehidupan bersama anak-anak tersayang. Perjalanan dan melalui frasa perceraian bukan mudah. Ianya melibatkan emosi dan juga kekuatan dalaman. Saat perit, jujur dan seikhlas dari hati, tak ramai yang membantu.

Yang ada ketika itu hanya adik-beradik, rakan taulan dan yang paling utama adalah abah tersayang. Sebenarnya agak sukar juga untuk menyakinkan abah keadaan aku pada waktu itu. Memandangkan dalam keluarga tiada sejarah perceraian.

Tapi itulah Allah nak duga bukan sahaja aku tapi seluruh anggota keluarga.

Untuk bangkit semula selepas melalui satu perceraian bukanlah perkara yang mudah. Memandangkan aku hanya bekerja sebagai seorang pembantu kedai dan tiada rumah atau kenderaan sendiri.
Pernah jugalah menumpang sekejap dirumah adik tersayang tapi hanya buat sementara waktu.

3 tahun pertama perceraian itulah yang paling kritikal.
Bagaimana sukarnya membina kembali keyakinan diri dan berusaha perbaiki segala kelemahan diri.
Terfikir juga sampai bilakah aku ingin bersedih dan menyalahkan diri sendiri dan membiarkan kedua anak tersayang terus hanyut dengan perasaan mereka.

Akhirnya aku ambil keputusan yang paling nekad.
Untuk aku bernikah kembali bukanlah satu keputusan yang sesuai. Aku belum bersedia lagi untuk terima sesiapa dalam hati aku selain anak-anak tersayang. Anak-anak pun ada yang dah meningkat remaja dan juga dewasa.

Dalam usia sebeginilah mereka berdua sangat perlukan perhatian kasih dan sayang yang secukupnya. 
Aku ingin jadi seorang ibu yang terbaik buat anak-anak tersayang.

Biar apa pun kesusahan, dugaan dan keperitan tetap akan aku harungi semua itu demi kebahagiaan mereka.
Adakalanya aku bekerja dari pagi sampailah ke malam hanya semata untuk mencari duit tambahan. Berniaga secara online dengan menjadi dropship juga membuat sedikit bisnes makanan, itulah diantara aktiviti aku. 

Selain itu aku minat menulis. Minat menulis ini semakin bercambah sejak aku bercerai. Syukur jugalah aku ditemukan jodoh dengan orang-orang yang sama minat dan juga cita-cita. Walau hanya berkenalan secara alam maya, namun berkat tunjuk ajarnya, aku berusaha menulis sebaik yang mungkin.

Semua yang aku lakukan adalah demi anak tersayang dan hanya mereka berdua tempat aku luahkan seluruh kasih dan sayang aku. Biar aku didik mereka dengan kesusahan dan keperitan dahulu sebelum munculnya kesenangan.
Ajar mereka berdua tentang erti berdikari dan tidak bergantung kepada kepada hanya pertolongan orang lain selain bergantung kepada Allah sahaja.

Adakalanya apabila terlalu sibuk dengan urusan harian, masa bersama anak-anak semakin pendek.
Tambah pulak sekarang mereka tinggal di asrama dan juga pusat pengajian Ipt.
Apabila mereka bercuti, aku pulak yang sibuk bekerja. Bila dah penat ada masa tak sempat jugak nak masak makanan kegemaran mereka.
Bila sudah tak sempat masak, maka akhirnya aku hanya sempat mengajak anak-anak makan diluar. 
Lihat sahaja mereka makan sahaja dah memberikan satu kepuasan yang tak sehingga.

Tapi adakah aku dah buat yang terbaik buat mereka?
Apa pun sebagai seorang ibu juga ayah buat mereka, hanya doa dan teruskan berdoa buat mereka berdua. Sebab aku tak mampu nak sediakan semuanya serba lengkap buat mereka berdua. Insha Allah aku senantiasa berusaha dan berdoa kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan.
Aamiin.

Sekian
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...