Thursday 4 October 2018

BULUSKU MATI LAGI


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Kucing adalah seekor binatang yang paling disayangi Nabi.
Dan nama kucing kesayangan Nabi adalah Muezza.
Bahkan isteri Nabi juga iaitu Aisyah Binti Abu Bakar juga amat menyukai kucing.

Kucing adalah seekor haiwan yang berbulu.
Apabila memandang akan gelagatnya pun dah buatkan hati rasa terhibur.

Kalau nak diikutkan sejak kecil lagi saya amat sayang akan kucing.
Pantang saja nampak atau terjumpa kucing dimana-mana pasti buatkan hati rasa tertarik ingin menyentuh dan membelainya.

Seluruh keluarga termasuk arwah emak juga suka dan sayangkan kucing.
Mujur jugalah kedua anak tersayang pun amat sukakan kucing
Syukur jugalah anak-anak tiada menghidap penyakit sakit lelah dan tiada masalah untuk bermain dengan kucing.

Dirumah, rasanya ada dalam sepuluh ekor kucing.
Jujurnya buat masa ini, saya dah tak mampu nak menjaga lebih banyak lagi.
Cukuplah apa dah tu.
Salah satu sebabnya ialah, rumah yang saya duduk ini adalah rumah sewa dan risau juga kucing-kucing yang ada itu, menganggu jiran-jiran yang lain.

Semalam balik dari kerja, saya tengok salah seekor kucing saya terkulai lemah. Tak tahu apa sebabnya.
Selalunya bulus saya tu, akan keluar masuk melalui tingkap seperti selalunya.
Apabila saya panggil namanya pun dah tak pandang terhadap saya macam biasa.

Mungkin semasa dia diluar, waktu saya tiada dirumah ada termakan sesuatu agaknya.
Atau ada yang memukulnya.
Apabila tengok seluruh badannya tiada pulak kesan-kesan dipukul.

Jadi kemungkinan besar, bulus saya tu dah termakan sesuatu.
Melihat akan keadaannya yang tercungap-cungap membuatkan hati saya rasa sayu dan berdosa.

Lama jugalah saya membelai dan memanggil namanya.
Namun perlahan-lahan nafasnya terhenti.
Mengalir airmata dan rasa sedih yang teramat sangat.

Agaknya salah saya juga yang tidak dapat memantau pergerakan kucing-kucing saya asbab terlalu sibuk bekerja.

Saya berimpian untuk mempunyai rumah sendiri dan dapatlah saya sediakan ruang yang khas untuk semua sibulus-bulus tersayang.


Sekian
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...