Friday 5 October 2018

MEMBACA SAMBIL BERAMAL

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Kata orang semakin banyak buku yang kita baca, maka makin luaslah pandangan kita.
Makin banyak lagilah ilmu pengetahunan yang kita dapat dengan membaca buku. Membaca juga jambatan ilmu. Tapi membaca juga boleh membuatkan kita dapat istiqamah beramal kepada Allah yang maha esa.

Dulu saya sangat suka baca dan follow seorang penulis yang agak terkenal menulis dilaman-laman sosial. Salah seorangnya adalah Pn Nora Yusuf. Tertarik dengan setiap posting atau statusnya yang senantiasa mengajak kita untuk tidak mengalah dengan apa saja dugaan hidup yang dilalui.
Pada peringkat permulaan, Pn Nora Yusuf hanya menulis secara ebook. 

Tidak lama beberapa tahun selepas itu, barulah dia mengeluarkan sebuah buku yang bertajuk " 111 Formula Tarik Rezeki" 

Walaupun buku ini telah pun dikeluarkan secara fizikal, pada waktu itu saya masih lagi tak mampu untuk memiliki dan juga membaca buku ini. Dalam masa yang sama, saya tak pernah berhenti untuk terus berdoa.

Kebetulan pula, saya kenal rapat dengan salah seorang agent Pn Nora Yusuf yang menjual buku 111 Formula Tarik Rezeki. Setelah agak lama berhubung dengan agentnya, entah macam mana Allah gerakkan hati agentnya untuk menghadiahkan buku ini secara percuma. 

Mulanya saya bercadang untuk membeli buku ini secara ansuran. Tapi tak tahulah apa yang membuatkan dia berubah fikiran untuk menghadiahkan buku ini.
Apa pun saya rasa sangat bersyukur dan bertuah. Semoga Allah terus kurniakan rezeki yang banyak lagi melimpah ruah buat agent ini.

Buku 111 Formula Tarik Rezeki ditulis oleh Pn Nora Yusuf.
Mempunyai sebanyak 487 muka surat dan mempunyai 5 bab semuanya.

Ditulis dan diolah dalam bahasa yang sangat mudah difahami dan tidak terlalu formal. Apabila baca saya pengenalan tentang buku ini, hati saya terus rasa tersentap. Semua isi kandungan dalam buku 111 Formula Tarik Rezeki telah pun berlaku dalam kehidupan saya. Membuatkan hati terus terasa insaf dan ingin berubah ke arah yang lebih baik.

Rasa menyesal dan juga selalu buruk sangka dengan Allah.

Antara kandungan isi yang menarik dalam buku 111 Formula Tarik Rezeki ialah:
@ Menyedarkan diri kita tentang makna sebenarnya tentang rezeki. Iaitu rezeki bukan hanya terletak pada wang ringgit.
@ Berbaik sangka sesama manusia.
@ Niat bekerja kerana apa.
@ Serahkan dan bergantung sepenuhnya kepada Allah dan bukan terhadap makhluknya.

Sebenarnya banyak lagi isi kandungan yang menarik. Setelah selesai membaca buku 111 Formula Tarik Rezeki kita digalakkan terus untuk membuat beberapa tugasan. Antaranya menulis 10 impian dalam sebuah buku setiap hari, sedekah RM 2 , mengeluarkan zakat RM 50 setiap bulan, mengamalkan zikir dan juga selawat sebanyak 1000 kali setiap hari. Membaca dan menghafal surah Al Kahfi setiap hari.

Semua tugasan ini haruslah dinyatakan dalam satu group Formula Tarik Rezeki di fb. Dan pihak admin group akan memantau semua tugasan ahli dalam group FTR tersebut.

Pada peringkat awal melakukan semua tugasan tersebut memanglah susah dan perit. Tapi setelah beberapa lama, semuanya bagaikan jadi satu kemestian. Terutamanya dalam bab berzikir dan berselawat itu.

Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang buku 111 Formula Tarik Rezeki, bolehlah wasap saya terus di 019-4075634 dan saya akan secara details tentang agent yang menjual buku ini. Dalam masa yang sama membaca buku ini bukan saja mendapat ilmu yang baru malah melatih diri untuk terus beramal secara lebih istiqamah kepada Allah yang maha esa.
Insha Allah.

Sekian
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...