Tuesday 16 October 2018

SOKONGAN RAKAN FB SATU MOTIVASI


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Hanya Allah je yang tahu betapa pentingnya sahabat fb dalam hidup saya ini.

Tidak  kira yang rakan fb ataupun yang memang dah kenal lama saya pun.

Bekerja dalam suasana yang penuh stress bukan satu perkara yang mudah.
Setiap hari ada saja cabarannya.

Ada masa terpaksa kerja dari pagi sampailah malam.
Jika bernasib baik, dapatlah balik awal.

Masa makan tak tentu.
Masa solat lagilah payah.
Setiap hari saya berdoa agar ada jalan keluar bagi semua masalah ini.

Atau, mungkin saya yang kurang lagi berusaha.
Adakalanya, saya dah tidak berdaya nak share dengan sesiapa.

Bukan kerana penat atau apa, kerana apabila menceritakan segala masalah yang juga bergelar seorang hamba Allah tidak membawa apa-apa perubahan besar. Tidak salah berkongsi dengan sesiapa. Tapi pilihlah seorang sahabat yang jujur dan juga ikhlas.

Apa pun sejak wujudnya laman sosial seperti facebook, tidak banyak atau sikit ianya banyak mempengaruhi kehidupan saya. Nama pun laman sosial jadi kenalah pandai memilih teman yang baik dan usaha untuk tidak menaip posting atau status ketika berada dalam keadaan yang tidak stabil.

Pekerjaan yang saya lakukan sekarang banyak menguji tahap kesabaran saya. Dengan jenis pekerjaan yang berurusan dengan orang setiap hari, segalanya bukan mudah.

Masa kerja pun agak terikat.
Dengan keadaan masa yang terhad itulah, tak memberi peluang yang banyak untuk saya untuk kenal lebih ramai lagi rakan yang baru.

Dengan facebook dan juga beberapa medan sosial yang lain, maka peluang untuk kenal rakan baru yang lebih baik dan positif terbuka luas.
Kebanyakan rakan facebook yang ada semuanya sangat hebat dalam bidang memasing.

Mereka semua dah banyak melalui pelbagai episode kegagalan dalam kehidupan mereka.
Salau reaspon mereka hanya setakat like atau emoji, semuanya memberi impak yang besar dalam kehidupan saya.

Hanya like saja pun, saya sudah merasakan seolah-olah rakan facebook bercakap dan memberi semangat dihadapan saya. Tahu like yang saya dapat itu tidaklah banyak mana. Apa pun sangat memberikan pengaruh yang sangat besar dalam kehidupan saya setiap hari.

Walau tidak 24 jam melayari laman sosial Facebook, tapi ianya tetap membantu. Terutamanya jika ada masanya saya merasa agak kecewa ataupun tengah bersedih.

Sudah tentu Allahlah tempat bergantung dan berharap sepenuhnya. Facebook dan laman sosial yang lain hanyalah sebagai sampingan dan juga lubuk sedekah dengan cara sedekah like ataupun memberi sokongan antara sesama rakan Facebook yang lain.

Memberi sokongan dengan like atau komen itulah sebagai salah satu sumber inspirasi dan sebagai satu semangat agar tidak pernah rasa terbeban ketika dilanda dugaan atau musibah.

Alhamdulilah. Semoga saya akan terus dapat memelihara ukhwah sesama rakan Facebook dengan sebaiknya.
Buat yang sudi baca entri di blog ini, semoga Allah kurniakan kemewahan rezeki dan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Sekian
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...