Thursday 4 October 2018

SUASANA YANG BARU


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Alhamdulilah.
Syukur kepada Allah. Bertahun jugalah saya bekerja shift petang.
Sejak dari anak-anak sekolah tadika, sekolah rendah hinggalah anak bujang dah pun belajar di salah sebuah Politeknik di Semambu Kuantan.

Kerja shift pagi ini, susananya agak sejuk sebab terpaksa keluar setelah selesai solat Subuh dan sudah tentulah keadaan masih lagi gelap.
Apa pun demi tugas dan juga satu amanah maka haruslah dilakukan sebaik yang mungkin.

Bekerja di shift pagi tak banyak bezanya dengan shift petang.
Cuma kena siapkan semuanya dahulu dan kemudian barulah boleh buka kedai.

Buat pengetahunan semua, saya bekerja sebagai seorang pembantu kedai di salah sebuah Hentian Rehat dan Rawat di Plus Highway.
Berbelas tahun jugaklah bekerja disini.

Walaubagaimanapun apa saja pekerjaan tetap ada cabarannya yang tersendiri.
Cabaran yang paling utama adalah saya terpaksa berjalan kaki selama hampir 20 minit ke tempat kerja dari rumah setiap hari.
Tambah pulak, saya tak pandai menunggang motosikal dan hanya tahu memandu kereta sahaja.

Perjalanan ke tempat kerja harus melalui sebuah kawasan perumahan dan kemudiannya kawasan estate. 
Dalam 15 minit perjalanan barulah sampai ke tempat kerja saya tersebut.

Biarpun keadaan masih lagi gelap, demi tugas dan amanah saya lakukan semuanya sebaik yang mungkin.
Adakalanya rasa takut itu ada juga.
Tapi saya tiada pilihan dan lakukan pekerjaan ini demi menyara anak yang masih bersekolah asrama dan juga yang sedang belajar di Politeknik.

Sungguhpun begitu bekerja di shift pagi, masa kerja saya lebih teratur.
Dapat datang awal, dan tiadalah lagi gaji saya dipotong asbab datang lewat ke tempat kerja lagi.
Selain itu dapatlah jugak saya curi masa sedikit untuk ke surau bersolat Zohor dan sebagainya.

Waktu makan pun taklah terlalu kelam kabut sangat.
Bila habis sahaja waktu bekerja saya boleh balik terus ke rumah dan keadaan masih lagi petang.

Sempat jugalah ada masa bertegur sapa dengan jejiran tetangga.

Apa pun saya berdoa kepada Allah setiap hari agar tiada apa yang buruk berlaku sepanjang saya bekerja di shift pagi ini.
Mohon doakan saya agar terus berada dan bekerja di shift pagi ini ya.
Insha Allah.


Sekian
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...