Tuesday 16 October 2018

LELAKI VS SUAMI ORANG


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Ya Allah, semoga kau permudahkan segalanya dalam menulis entri terbaru ini.
Cepatnya masa berlalu. Tak lama lagi berakhirlah tahun 2018 ini.
Sebelum saya tulis entri terbaru, mohon  maaf jika ada yang tersinggung dengan tajuk untuk entri ini.

Alhamdulilah. Syukur atas segala rahmat.
Syukur juga walau apa pun yang terjadi dalam kehidupan ini, tetap ada keluarga tersayang yang tidak pernah jemu memberikan segala sokongan.
Rasa diri ini bertuah kerana abah tetap usaha untuk memahami anaknya yang bergelar seorang ibu tunggal ini.

Apa pun segalanya bukan mudah. Di zaman yang serba maju dan pantas ini, saya akui ajar sukar untuk mencari seorang lelaki yang baik.
Mungkin ada ataupun mungkin bukan lagi rezeki saya untuk bertemu dengan lelaki yang baik, jujur, beriman dan dapat terima segala kelemahan seorang yang bergelar wanita. 

Macam abah saya, susah nak cari lelaki macam abah. Yang boleh buat segalanya. Memasak, mengemas rumah dan juga bertukang. Seingat saya, semasa kecil abah dan arwah emak bekerja sama untuk memastikan urusan rumahtangga terjaga rapi.

Walaupun abah agak cerewet, tapi itulah yang istimewanya tentang abah.

Pernah selepas beberapa mengharungi prasa perceraian dahulu, terlalu banyak dugaannya. Semuanya bukan senang. Banyak melibatkan kekuatan dalaman dan mesti berserah sepenuhnya kepada Allah yang maha esa.

Tapi Allah nak hambanya terus kuat dan sabar. Dikurniakan lagi dugaan, hanya untuk melihat sejauh mana hambanya ingin berubah ke arah yang lebih baik.

Saya pernah berkenalan dengan seorang lelaki yang bergelar suami orang. Pada mulanya, semuanya seakan indah. Namun tidak bertahan lama, kerana saya tidak sanggup menjadi seorang perosak kebahagiaan kepada seorang yang juga bergelar wanita.

Satu masa dahulu, rumahtangga saya diduga dengan perhubungan orang ke ketiga dan waktu itu saya rasakan diri bagaikan tidak berguna langsung.
Walaupun hamba Allah yang bergelar suami orang itu menjanjikan pelbagai kebahagiaan, saya tetap nekad membuat keputusan.

Saya memutuskan hubungan dengan seorang yang bergelar suami orang.  Hakikatnya memang taklah mudah. Tapi sampai bila rasa bersalah menghantui diri saya. Rasa ketakutan dan membuatkan diri rasa tak tenteram.

Akhirnya saya mencari kekuatan diri dan berdoa terus kepada Allah. Usaha perbaiki diri dan dalam masa yang sama, maafkanlah semua orang yang pernah membuat hati saya terluka.

Menjalinkan hubungan dengan suami orang takkan ke mana. Ada yang baik dan jujur. Tapi peratusnya amat sedikit. Jadi buat apa menyusahkan diri dengan hubungan yang tidak sihat macam ini?

Saya percaya pada apa yang Allah dah tentukan. Jika Allah dah tentukan lelaki yang baik, cepat atau lambat tetap ada. Biarpun sebaliknya saya tetap bersyukur atas apa yang ada hari ini.

Setakat bergelar seorang teman lelaki biasa itu ada. Apa pun tetap ada sempadannya. Apa pun buat masa ini, saya lebih fokuskan tentang anak dan impian saya bergelar seorang penulis satu hari nanti.
Insha Allah.


Sekian 
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...