Wednesday 10 October 2018

5 SEBAB WANITA TAK PATUT LAKUKAN SEMUA HAL INI LEPAS BERCERAI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Tanyalah mana-mana wanita, siapalah yang suka berpisah atau bercerai.
Sama ada bercerai hidup atau sebaliknya. Apa pun dalam ajaran Islam bercerai itu perkara yang paling Allah tidak suka. Tetapi jika tiada jalan penyelesaian maka bercerai adalah salah satu jalan yang paling terbaik.

Selama hampir 5 tahun bergelar seorang ibu tunggal, terlalu banyak pengalaman pahit manis yang telah dilalui dalam membina kehidupan yang lebih baik buat anak-anak tersayang.

Jujur semuanya bukan mudah. Ada masanya  menguji tahap keimanan dan juga kesabaran saya sebagai seorang wanita dan juga ibu.

Bagi saya jika telah bercerai ada beberapa perkara yang tak harus kita lakukan selepas bercerai.
Semua perkara tersebut telah saya lalui sendiri tetapi bukanlah bermakna saya mengalakkan perceraian dalam sesebuah rumahtangga.

Maksud bercerai itu dalam bahasa Arab ialah melepaskan atau menghuraikan satu ikatan.
Peringkat permulaan bercerai bukanlah mudah.
Teramat perit dan perlukan banyak kesabaran dan juga banyakkan berdoa kepada Allah agar senantiasa diberikan kekuatan.

Antara 5 sebab wanita tak patut lakukan selepas bercerai ialah:
@ Setelah bercerai atau berpisah, usahalah agar tidak menceritakan keburukan bekas pasangan kepada orang lain.
@ Jangan menagih simpati daripada orang lain terutamanya dari saudara-mara dan juga rakan-rakan terdekat.
@ Tidak perlu terburu-buru mencari penganti jika diri kita sendiri belum bersedia untuk membina hubungan yang baru.
@ Tidak perlu was-was membuat sebarang keputusan dalam process membina kehidupan yang lebih baik.
@ Tidak menyimpan dendam dengan bekas pasangan dan berusahalah memberi kemaafan walaupun ianya amat menyakitkan hati.

5 sebab ini adalah pengalaman peribadi saya setelah hampir 5 tahun hidup bersendiri membesarkan anak-anak dan mendidik mereka menjadi seorang anak-anak yang taat, bahagia dan berjaya dunia dan akhirat.
Aamiin Ya Mujib

Sekian
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...